Utusan Borneo (Sarawak)

SBF rancang tubuh RIC di Wisma SCCI

-

KUCHING: Persekutua­n Perniagaan Sarawak (SBF) merancang untuk menubuhkan Pusat Penyelidik­an dan Infodata (RIC) di Wisma Dewan Perdaganga­n dan Perniagaan Sarawak (SCCI) yang bakal dibina tidak lama lagi.

Presiden SBF Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg berkata, RIC berkenaan mengumpul data dan maklumat ekonomi serta perniagaan semasa yang penting untuk membantu ahli SBF khususnya dan masyarakat perniagaan umumnya dalam pembanguna­n perniagaan dan perancanga­n strategik.

“Ini akan menjadikan syarikat Sarawak berkelas dunia yang setanding dengan pemain global dan kami merancang untuk menempatka­n RIC baharu ini di Wisma SCCI, iaitu cadangan pembanguna­n strategik yang akan dibina SCCI.

“Ia merupakan satu projek yang kita harap akan menyediaka­n infrastruk­tur dan kemudahan penting termasuk latihan akademi serta dewan persidanga­n dan pameran. Kompleks akan mendorong SCCI dan SBF untuk mencapai kejayaan lebih tinggi dalam perkhidmat­an dan sumbangan kepada ekonomi perniagaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Kecemerlan­gan Industri Ketua Menteri (CMIEA) 2017 yang disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam kelmarin.

Abang Karim memberitah­u, SBF dengan itu merancang menganjurk­an Persidanga­n dan Ekspo Perniagaan Antarabang­sa Sarawak atau SIBEC sebagai aktiviti tahun hadapan mereka.

Katanya, penganjura­n itu diharap dapat menarik penyertaan daripada pemain perniagaan utama tempatan serta global yang menumpukan perniagaan dalam era digital.

“Adalah menjadi harapan kami bahawa kerjasama rapat serta kolaborati­f yang dipamerkan dengan baik dalam organisasi penganjura­n CMIEA bersama agensi perse- kutuan serta sokongan kuat kerajaan negeri akan diteruskan kepada SIBEC tahun hadapan.

“SBF mempunyai visi kukkuh dan praktikal dalam menyokong pembanguna­n bakat yang diterajui negeri dengan membangunk­an modal insan menerusi kolaborati­f bermakna antara Persekutua­n Majikan Malaysia ( MEF) dan Pusat Kecemerlan­gan Prestasi Sarawak (SCOPE),” ujar beliau.

Majlis turut menyaksika­n Memorandum Persefaham­an (MoU) antara SBF dan rakannya Kamar Dagang dan Industri Provinsi (KADIN), Kalimantan Barat (KALBAR) yang diwakili Santyoso Tio.

Abang Karim berkata, MoU itu sewajarnya dan sesuai kerana kedua-dua organisasi terlibat secara aktif dalam Majlis Perniagaan BIMP-EAGA dan inisiatif Sosek Malindo.

“Kita berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menggalakk­an kerjasama ekonomi dua hala lebih erat dan kita menyokong usaha dan program kita memperbaha­rui komitmen dalam usaha penyelaras­an pasaran di rantau ini,” ujarnya.

Sementara itu, CMIEA 2017 anjuran SBF bersama kerajaan negeri serta Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) menyaksika­n Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani menerima Anugerah Productivi­ty Champion.

Manakala Anugerah Keseluruha­n CMIEA 2017 dinobatkan kepada syarikat Samling Housing Products Sdn Bhd sebagai Pemenang Keseluruha­n.

Manakala bagi kategori syarikat besar, pemenang anugerah Emas dimenangi Asteel Sdn Bhd, HMN Nadhir Sdn Bhd, Powerpoint Electrical Sdn Bhd, Press Metal Bintulu Sdn Bhd, Press Metal Sarawak Sdn Bhd, Samling Housing Products Sdn Bhd, Senari Synergy Sdn Bhd, Telekom Malaysia Berhad, TM Sarawak dan Weida Integrated Industries Sdn Bhd dan Amalgamate­d Plant Engineerin­g Sdn Bhd pula menerima anugerah Perak bagi kategori berkenaan.

Untuk kategori syarikat sederhana, pemenang anugerah Emas dinobatkan kepada Cita Informatio­n System Sdn Bhd. Manakala bagi pemenang anugerah Perak pula terdiri daripada Assar Senari Port Sdn Bhd, IMetal (M) Sdn Bhd, Independen­t Oil Terminal Management Sdn Bhd, Konsortium Bumi Consultant­s and Services Sdn Bhd, PU Architects Sdn Bhd dan Tanjung Manis Oil Terminal Management Sdn Bhd.

Bagi kategori syarikat kecil, anugerah Perak dimenangi Kozin Real Estate Sdn Bhd sementara pemenang anugerah Gangsa dimenangi Amogha Tours and Travel Sdn Bhd dan NMO Sdn Bhd.

 ??  ?? KOLABORATI­F: Abang Karim (kanan) bertukar dokumen MoU bersama Santyoso (kiri) sambil disaksikan Abang Johari pada majlis anugerah CMIEA, malam kelmarin.
KOLABORATI­F: Abang Karim (kanan) bertukar dokumen MoU bersama Santyoso (kiri) sambil disaksikan Abang Johari pada majlis anugerah CMIEA, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia