Utusan Borneo (Sarawak)

Lau mahu SM Wong Nai Siong jadi sekolah swasta Cina bertaraf elit

-

SIBU: Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Menengah (SM) Wong Nai Siong, Temenggung Datuk Vincent Lau mahu melihat sekolah tersebut berkembang sebagai sebuah sekolah swasta Cina bertaraf elit di negara ini.

Untuk semua itu menjadi kenyataan, beliau mengakui ia memerlukan usaha bersepadu semua pihak khususnya komuniti Cina itu sendiri.

“Dalam usaha kita mencapai kecemerlan­gan berterusan dalam pendidikan Cina, kita perlu bekerja dan berusaha bersama membantu meningkatk­an taraf sekolah kerana itu satu-satunya cara melangkah ke hadapan,” katanya pada Majlis Perasmian Bangunan Pendidikan SM Wong Nai Siong merangkap Auditorium Suk Ting, di sini semalam.

Perasmian itu merupakan sebahagian aktiviti bagi menandakan sambutan ulang tahun ke-50 sekolah tahun ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Datuk Tiong Thai King, ibu Lau Datin Sri Wong Suk Ting, pengetua sekolah, Lu Yew Hiing dan pengerusi, Chieng Buong Toon.

Menurut Lau, sekolah mempunyai sejarah amat panjang sejak ditubuhkan pada 1967.

Beliau berkata, sekolah mula dengan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar bahasa Cina, bahasa ibu mereka.

“Ia juga merupakan satusatuny­a sekolah swasta Cina di negara ini yang dinamakan sempena pemimpin China iaitu Wong Nai Siong,” katanya.

Walaupun hanya berada di sini selama tiga tahun, Lau berkata Wong telah meninggalk­an impak mendalam dan asas kuat untuk pembanguna­n yang mampan.

“Hari ini, kita ada Jalan Wong Nai Siong, Sekolah SM Wong Nai Siong dan Taman Memorial Wong Nai Siong di Sungei Merah yang semuanya diwujudkan untuk memperinga­ti beliau.

Sepanjang 50 tahun lalu, Lau berkata sekolah telah berkembang dan melahirkan ramai pelajar yang menjadi pemimpin berjaya dalam masyarakat.

“Pada hari ini, kita dapat menikmati hasil kejayaan dipupuk oleh nenek moyang kita yang bekerja keras memastikan sekolah ini terus relevan,” katanya.

 ??  ?? RASMI: (Dari lima kiri) Lu, Wong, Lau serta yang lain ketika merasmikan Auditorium Suk Ting.
RASMI: (Dari lima kiri) Lu, Wong, Lau serta yang lain ketika merasmikan Auditorium Suk Ting.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia