Utusan Borneo (Sarawak)

RRSS berperanan besar dalam bidang pendidikan

Pelbagai cabaran diharungi sejak 50 tahun lalu sebelum mengecapi kejayaan seperti hari ini, kata Lee

- Oleh Sudan Ajang

Usaha mengumpul sumber membangunk­an seterusnya mengembang­kan sesebuah institusi pendidikan bukan kerja senang. Namun RRSS menjadi contoh terbaik ketabahan, keazaman dan berpasukan.

MIRI: Riam Road Secondary School (RRSS) meraikan ulang tahun ke- 50 malam kelmarin selepas hampir setengah abad penubuhann­ya memainkan peranan besar dalam institusi pendidikan di sini.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin berkata, dalam tempoh tersebut RRSS banyak melalui cabaran sebelum mengecapi kejayaan seperti hari ini.

“RRSS berjaya meletakkan pendidikan aliran Cina di Miri pada tahap membanggak­an. Kita tidak harus melupakan sumbangan pengasas sekolah ini dalam mengekal sekolah sehingga ke hari ini,” katanya berucap pada majlis makan malam sempena ulang tahun RRSS ke-50 di Eastwood Valley Golf and Country Club di sini malam kelmarin.

Lee menambah, sebagai salah seorang pengasas, Datuk Seri Law Kiu Kiong melakukan terbaik dan lebih

Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

daripada sepatutnya untuk menjadikan RRSS sebagai salah sebuah sekolah terbaik di negara ini.

“Usaha mengumpul sum- ber membangunk­an seterusnya mengembang­kan sesebuah institusi pendidikan bukan kerja senang. Namun RRSS menjadi contoh terbaik ketabahan, keazaman dan berpasukan,” katanya.

Lee menggesa RRSS mengutamak­an program pendidikan relevan dengan kehendak dunia global selain menguasai bahasa dan mencapai keputusan cemerlang dalam akademik.

“Dunia sudah jauh berubah dan fokus dalam akademik tidak harus ditumpukan dalam satu aspek sahaja. Kita harus melengkapk­an mereka dengan kemahiran dan ilmu pengetahua­n yang mencukupi untuk membolehka­n mereka menghadapi cabaran masa depan,” kata Lee.

Pada majlis tersebut, Lee menyertai Kaunselor Kuek Chie Tiong dan Pengerusi Lembaga Pengarah RRSS, Datuk Seri Law Kiu Kiong untuk membuka majalah ulang tahun ke-50 sekolah.

Hadir sama pada majlis ahli lembaga pengarah lain iaitu timbalan pengarah Lembaga Pengarah RRSS Dato Sri Lau Hieng Su; Ketua Pegawai Eksekutif RRS Dato Dr Fong Onn Min, Temenggung Datuk Sri Lee Sie Tong; dermawan Datuk James Ling; bekas Datuk Bandar Miri Datuk Lawrence Lai Yew Son; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pujut Dr. Ting Tiong Choon.

Lee turut mengumumka­n dua hadiah kejutan iaitu sumbangan sebanyak RM30,000 untuk pembinaan bangunan sekolah dan geran tanah bagi tapak pembinaan sekolah baharu seluas lebih satu ekar.

Majlis tersebut turut dihadiri ratusan bekas pelajar dan alumni selain ibu bapa dan pelajar RRSS.

 ??  ?? HADIAH KEJUTAN: Lee (kiri) menyampaik­an geran tanah bagi tapak pembinaan sekolah baharu RRS kepada Law sambil diperhati ahli Lembaga Pengarah RRSS dan tetamu jemputan lain.
HADIAH KEJUTAN: Lee (kiri) menyampaik­an geran tanah bagi tapak pembinaan sekolah baharu RRS kepada Law sambil diperhati ahli Lembaga Pengarah RRSS dan tetamu jemputan lain.
 ??  ?? SEJARAH: Lau (tiga kanan) melihat gambar lama sejarah SM Wong Nai Siong yang dipamerkan di Muzium Sejarah Sekolah SM Wong Nai Siong selepas menyempurn­akan pembukaann­ya semalam.
SEJARAH: Lau (tiga kanan) melihat gambar lama sejarah SM Wong Nai Siong yang dipamerkan di Muzium Sejarah Sekolah SM Wong Nai Siong selepas menyempurn­akan pembukaann­ya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia