Utusan Borneo (Sarawak)

60 penduduk Kampung Luak, Lusut Miri sertai korban Hari Raya Aidiladha

-

SIBU: Pasukan Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) Lanang meneruskan lawatan ke beberapa rumah panjang di kawasan Batu Wong, Durin, Sengan, Ulu Menyan, SalimBelal­ang, Ulu Salim, Jalan Oya dan Tanggi dekat sini, baru-baru ini.

Rumah panjang dikunjungi adalah Rumah Puteh, Rumah Malin, Rumah Mani, Rumah Don Bosco, Rumah Merikan, Rumah Setia, Rumah Lin, Rumah Andrew Keneth, Rumah Changing, Rumah Gelungan, Rumah Suang, Rumah Jang Anjang, Rumah Anthony, Rumah Suring, Rumah Anatha, Rumah Strot, Rumah Win- nie, Rumah Nyaring, Rumah Kelak, Rumah Abong, Rumah Ajai, Rumah Bunga, Rumah Undi dan Rumah Naning.

Kunjungan itu diketuai oleh dua calon berpotensi SUPP/BN bagi kerusi Parlimen Lanang Kelvin Kong dan Kaunselor Joseph Chieng.

Turut mengiringi mereka semasa kunjungan tersebut ialah Setiausaha SUPP Cawangan Dudong Kong Sing Ping, Pengerusi Unit Bumiputera SUPP Cawangan Dudong Kaunselor Ladong Engkol serta ahli-ahli parti yang lain.

Semasa lawatan tersebut, Kelvin berkata, mereka berasa terkejut dan sedih mendapati sebenarnya lebih banyak lagi rumah panjang di kawasan luar bandar di bawah konstituen­si Parlimen Lanang tidak dapat menikmati kemudahan bekalan elektrik dan sumber air paip.

Antaranya ialah Rumah Winnie Badindang di Ulu Menyan, Rumah Naning Salleh, Rumah Abong Mujung dan Rumah Munggai Enteri di kawasan Tanggi.

“Semua terletak begitu jauh di kawasan pedalaman tetapi adanya kemudahan jalan raya dapat menghubung­i ke kawasan berkenaan,” jelasnya lagi.

Beliau berkata, pasukannya cuba membantu dan mengemukak­an isu berkenaan dengan pihak Sarawak Energy Berhad dan Lembaga Air Sibu untuk mendapat perhatian dan tindakan selanjutny­a.

“Kami akan mengikuti perkembang­an ini sehingga bekalan elektrik dan air dapat disambung secepat mungkin untuk manfaat penduduk rumah panjang tersebut,” tegasnya lagi.

Pada masa yang sama, Kelvin memberitah­u, Rumah Don Bosco yang terletak di kawasan Durin pernah dilanda bencana kebakaran pada enam tahun lalu tetapi menurut pen- duduk rumah panjang berkenaan mereka tidak mendapat bantuan yang diperlukan dari mana- mana pihak selama tempoh tersebut.

“Justeru, pasukan kami terus menghulurk­an bantuan bahan binaan amat diperlu untuk mengurangk­an bebanan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Kelvin turut menegaskan sekiranya calon SUPP dapat menawan balik kerusi Parlimen Lanang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang dan memastikan penduduk terutama luar bandar dapat menikmati kemudahan bekalan elektrik dan air. MIRI: Lebih 60 penduduk Kampung Luak dan Lusut Miri mengambil bahagian dalam ibadah korban Hari Raya Aidiladha anjuran Majlis Ketua Masyarakat Melayu Miri (MAKMUM) baru-baru ini.

Hadir pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau, Datuk Sebastian Ting, Datuk Bandar Adam Yii, Pemanca Abang Mohamad Datuk Sri Abang Othman dan Ketua Belia Lusut, Julaihi Trang.

Julaihi berkata majlis berkenaan telah diadakan serentak di sekitar kawasan Miri dan aktiviti itu turut mempromosi aktiviti gotong- royong kalangan belia Kampung Lusut dan Luak.

“Ia adalah kali pertama aktiviti diadakan melibatkan dua kampung dan disertai penduduk pelbagai kaum dan usia bersama- sama menyembeli­h dan melapah daging korban,” jelasnya.

Gotong-royong itu bermula jam 7 pagi dan penduduk kampung membawa bersama peralatan melapah daging.

Majlis menyembeli­h lembu diadakan di Dewan Serbaguna Pusat Belia 1Malaysia yang terletak di hadapan masjib Kampung Luak.

Daging yang siap dilapah kemudianny­a diagihkan kepada penduduk Kampung Luak dan Lusut serta asnaf miskin, balu, anak yatim dan mereka yang layak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia