Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan perlu pertimbang semula penutupan IPG Miri, IPG Rajang

-

MIRI: Kerajaan persekutua­n perlu mempertimb­ang semula langkah menukar dua Institut Pendidikan Guru (IPG) di negeri ini kepada Pusat Pendidikan Vokasional (PPV).

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional Sarawak, Wan Zain Syed Mohdzar berkata jika perkara itu tidak dapat dielak maka fasiliti itu perlu diserah kepada Sarawak.

“Kerajaan persekutua­n sepatutnya menggunaka­n fasiliti lain bagi tujuan pendidikan teknikal mahupun vokasional, bukan menutup IPG Miri dan IPG Rajang,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Sebelum ini, dua IPG diumum bakal ditutup ialah IPG Rajang merupakan pakar melahirkan akademik Iban dan IPG Miri pakar dalam pendidikan Penan.

Mengulas lanjut, sama ada IPG itu ditutup atau bertukar fungsinya, maka kerajaan persekutua­n perlu berunding dengan kerajaan negeri lebih lanjut.

“Hal ini kerana kita perlu tahu apa sebenarnya perancanga­n kerajaan persekutua­n kerana kedua-dua IPG ini penting dan telah melahirkan ramai guru,” jelasnya.

Menurutnya, jika berubah fungsi kepada PPV, maka kerajaan negeri perlu mengambil alih kepentinga­n dalam institusi itu demi untuk manfaat rakyat Sarawak sendiri.

“Sebagai contoh, hasrat mentransfo­rmasikan bidang pertanian di Sarawak akan lebih terancang kerana PPV ini dapat melahirkan graduan tempatan berkemahir­an,” katanya.

Pada masa sama, Sarawak juga mempunyai Petroleum Sarawak (Petros) yang juga memerlukan tenaga kerja mahir tempatan dalam bidang minyak dan gas.

“Sudah pasti kita mahu setiap perubahan ini memberi manfaat kepada rakyat tempatan dan bukannya dilakukan kerana kepentinga­n tertentu,” jelasnya.

Beliau bagaimanap­un tetap tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan persekutua­n menukar fungsi dua IPG berkenaan.

“Kita mahu nisbah 9: 1 guru di Sarawak, kerana kita masih kekurangan guru tempatan mengajar di luar bandar, jika IPG ini ditukar fungsinya, ia menjejaska­n hasrat kerajaan negeri,” tegasnya.

Bagi guru, Safrina Masni berkata pertukaran fungsi IPG kepada PPV mempunyai kebaikan dan keburukann­ya tersendiri.

“Jika IPG ini ditutup, maka ia akan mengurangk­an guru-guru terlatih tempatan kerana kemungkina­n guruguru ini terpaksa mengajar di luar Sarawak,” jelasnya.

Pada masa sama, sekolahsek­olah juga terpaksa mengambil guru- guru tidak mempunyai latar belakang pendidikan mengajar di sekolah mereka.

 ??  ?? WAN ZAIN
WAN ZAIN
 ??  ?? SAFRINA
SAFRINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia