Utusan Borneo (Sarawak)

Sekitar sambutan perayaan Hari Jadi Ke-81 TYT

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Sebanyak 81 kontinjen membabitka­n pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan ( NGO) mengambil bahagian dalam Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Perayaan Hari Jadi Ke-81 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Dataran Perayaan Kompleks Sukan Sarawak di sini, semalam.

Ketibaan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib disambut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri Datin Patinggi Juma’ani Tuanku Bujang.

Sebaik tiba di pekarangan dataran, nyanyian lagu ‘Ibu Pertiwiku’ berkumanda­ng serta diiringi dengan beberapa das tembakan meriam.

Upacara diteruskan dengan pemeriksaa­n kawalan kehormatan utama yang dibarisi 103 anggota dan tiga pegawai Rejimen Ke-4 Kor Armor Diraja (4KAD).

Perbarisan istiadat dan rapat raksasa itu kemudian diteruskan dengan lintas hormat selepas ucapan sembah daripada Ketua Menteri.

Acara sambutan ulang tahun itu telah dimulakan sejak malam kelmarin dengan solat Magrib dan Isyak berjemaah serta bacaan Yasin di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Sempena ulang tahun ke81 itu, sebanyak 947 pingat telah dianugerah­kan kepada penerima termasuk dua pingat Satria Bintang Sarawak (SBS) kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abang Muhammad Salahuddin dan bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem yang membawa gelaran Pehin Sri.

Selain itu, Abang Johari turut menerima Anugerah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang yang membawa gelaran Datuk Patinggi.

Tun Taib dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 1 Mac 2014. Sebelum itu, beliau merupakan Ketua Menteri Sarawak yang keempat selama 33 tahun sejak 1981.

Walaupun cuaca hujan, namun perayaan itu tetap berjalan lancar dan sederhana serta mendapat sambutan daripada orang awam yang telah datang seawal jam 8 pagi.

Turut hadir, tiga Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Mor-

 ??  ?? SELAMAT HARI JADI: Tun Taib dan Toh Puan Ragad memotong kek sambutan hari jadi ke-81 disaksikan Abang Johari dan tetamu kehormat lain. KETIBAAN:
SELAMAT HARI JADI: Tun Taib dan Toh Puan Ragad memotong kek sambutan hari jadi ke-81 disaksikan Abang Johari dan tetamu kehormat lain. KETIBAAN:
 ??  ??
 ??  ?? PERIKSA: Tun Taib diiringi Abang Johari menaiki kenderaan bersama Panglima 1 Divisyen Tentera Darat Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw memeriksa kontinjen sempena Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa di Kuching, semalam.
PERIKSA: Tun Taib diiringi Abang Johari menaiki kenderaan bersama Panglima 1 Divisyen Tentera Darat Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw memeriksa kontinjen sempena Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa di Kuching, semalam.
 ??  ?? SAKSI: (Dari kiri) Turut hadir, Asfia, Uggah, Awang Tengah, Abang Johari bersama Tun Taib dan Toh Puan Ragad menyaksika­n lintas hormat.
SAKSI: (Dari kiri) Turut hadir, Asfia, Uggah, Awang Tengah, Abang Johari bersama Tun Taib dan Toh Puan Ragad menyaksika­n lintas hormat.
 ??  ?? SEGAK: Tun Taib ketika memeriksa kawalan kehormatan utama yang dibarisi 103 anggota dan tiga pegawai dari Rejimen Ke-4 Kor Armor Diraja (4KAD).
SEGAK: Tun Taib ketika memeriksa kawalan kehormatan utama yang dibarisi 103 anggota dan tiga pegawai dari Rejimen Ke-4 Kor Armor Diraja (4KAD).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia