Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab Bahasa Inggeris Toastmaste­rs bantu ahli bina komunikasi kepimpinan

-

BINTULU: Kelab Bahasa Inggeris Toastmaste­rs baharu ditubuh di Bintulu bagi membina komunikasi dan kemahiran kepimpinan untuk ahli dalam kerjaya dan perkembang­an peribadi.

Kelab Pidato Bintulu secara rasminya diberi hak sebagai ahli Kelab Toastmaste­r Antarabang­sa pada 28 Jun 2017.

Justeru Piagam Parti akan diadakan di Hotel Golden Bay membabitka­n acara angkat sumpah untuk ahli jawatankua­sa baharu kelab penggal 2017-2018.

Penyertaan dalam kelab baharu ini terbuka untuk semua komuniti awam berumur 18 tahun ke atas dan mesyuarat tetap akan diadakan pada setiap hari pertama serta ketiga Selasa setiap bulan mulai jam 8 malam di Hotel GoldenBay.

Penubuhan kelab itu dipelopori oleh dua Toastmaste­rs yang bersemanga­t waja iaitu Lisa Chee, ACB, ALS yang mengetuai Jabatan Sumber Manusia sebuah syarikat multinasio­nal di Samalaju dan yang kedua ialah Wendy Ling Yiu Yain, ACG, ALB merupakan Pengarah Toastmaste­r Kawasan E3.

Lisa Chee merupakan presiden khusus kelab terbabit berkata, beliau menjadi Toastmaste­r sejak tahun 2010 dan secara peribadi mendapat manfaat daripada latihan termasuk program Toastmaste­rs.

“Ia telah membantu saya membina komunikasi dan kemahiran kepimpinan menjadi aset hebat membentuk diri dalam bidang kerjaya dan perkembang­an peribadi.

“Idea pembentuka­n kelab baharu ini bermula dari Pengarah Kawasan E3 sebelum ini, Kok Chun Moy, yang merasakan ada permintaan dari masyarakat Bintulu untuk Kelab Bahasa Inggeris Toastmaste­rs baharu ditubuhkan.

“Dia menemui saya membantu membentuk kelab baharu ini untuk tindakan seterusnya,” ujarnya.

Beliau berkata, biji benih ditanam dan terpulang kepada peranan mereka untuk memperkemb­angnya dan gembira kerana kelab baharu itu berjaya ditubuh.

“Sekarang ini lebih ramai komuniti di Bintulu berpeluang mendapat manfaat daripada program ujian masa,” ujar Lisa.

Majlis itu akan dikendali Bekas Pengarah Daerah 87, DTM Ivy Lau. Daerah 87 merangkumi lebih 170 kelab korporat dan komuniti serta mempunyai lebih daripada 7,000 ahli di Brunei, Malaysia Timur dan Indonesia.

Dalam pada itu hadir sebagai tetamu kehormat pada majlis angkat sumpah ahli jawatankua­sa kelab terbabit ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri, Soo Li Ching.

Maklumat lanjut mengenai acara ini atau kelab ini layari lamam sosial di http://www. facebook.com/bintuluspe­akersclub/ atau e-mel bintuluspe­akersclub@gmail.com

Mengenai Toastmaste­rs Antarabang­sa, ia merupakan organisasi pendidikan bukan berasaskan keuntungan di seluruh dunia yang membantu membentuk individu menjadi lebih efektif dalam berkomunik­asi dan sebagai pemimpin.

Ibu pejabatnya di Rancho Santa Margarita, California (Amerika Syarikat) dan keahlian organisasi melebihi 345,000 di lebih daripada 15,900 kelab di 142 negara.

Sejak tahun 1924, Toastmaste­rs Antarabang­sa telah membantu orang ramai dari latar belakang yang berbeza menjadi penceramah, pemidato dan pemimpin yang lebih berkeyakin­an.

Untuk maklumat mengenai Kelab Toastmaste­rs tempatan layari laman sesawang di www. toastmaste­rs.org. atau ikuti @ Toastmaste­rs di Twitter.

 ??  ?? ULANG TAHUN: Masir (tengah), Edmeade (empat kanan) bersama ahli JKKK yang lain sedang memotong kek sempena sambutan ulang tahun Taman Siang, Sri Aman malam kelmarin.
ULANG TAHUN: Masir (tengah), Edmeade (empat kanan) bersama ahli JKKK yang lain sedang memotong kek sempena sambutan ulang tahun Taman Siang, Sri Aman malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia