Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah Seni anjur Konsert ‘Colours of Rhythm’ pada Khamis depan

-

KUCHING: Seramai lebih kurang 100 artis terdiri daripada pelajar Bidang Tari dan Muzik Sekolah Seni Malaysia Sarawak akan membuat persembaha­n berkonsepk­an kebudayaan Malaysia pada Konsert ‘Colours of Rhythm’ pada Khamis, 14 September bermula jam 8.30 malam hingga 10 malam.

Konsert di Auditorium Sekolah Seni Malaysia Sarawak yang merupakan projek tahun akhir pelajar-pelajar itu akan diserikan dengan penampilan khas Gabriel Fairuz Louis, Nading Rhapsody dan artis Kampung Budaya Sarawak.

Menurut satu kenyataan semalam, konsert yang julung kali diadakan dengan konsep berbeza itu merupakan salah satu langkah mempromosi­kan Sekolah Seni Malaysia Sarawak kepada orang ramai.

“Tahun 2017 merupakan tahun yang istimewa bagi seluruh warga Sekolah Seni Malaysia Sarawak khususnya kerana genap 10 tahun ia ditubuhkan.

“Konsert yang pertama diadakan pada tahun ini akan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk menyaksika­n persembaha­n secara ‘live,’ menggabung­kan artis-artis dari Sekolah Seni Malaysia Sarawak dan beberapa artis jemputan tempatan,” kata kenyataan tersebut.

Persembaha­n akan dibahagika­n kepada empat segmen dan menariknya dua persembaha­n iaitu Zapin Pekan dan Sayang Kinabalu akan diiringi oleh muzik orkestra dari pelajar-pelajar Sekolah Seni Malaysia Sarawak.

Konsert itu turut diserikan dengan persembaha­n artis- artis jemputan tempatan yang pastinya akan memberikan kelainan untuk tatapan para penonton.

Program itu dijangka dihadiri bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abang Muhammad Salahuddin dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah dan Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi.

Tiket berharga RM15 boleh didapati di Sekolah Seni Malaysia Sarawak atau menerusi Rejerki Misek menerusi talian 019- 8350699 atau Debbie Deborah (016-8932117).

 ??  ?? LATIHAN: Para pelajar berlatih untuk Konsert ‘Colours of Rhythm’ di Sekolah Seni Malaysia Sarawak pada Khamis depan.
LATIHAN: Para pelajar berlatih untuk Konsert ‘Colours of Rhythm’ di Sekolah Seni Malaysia Sarawak pada Khamis depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia