Utusan Borneo (Sarawak)

Latihan kecemasan kebakaran MDB bersama bomba berjaya capai objektif

-

BETONG: Situasi cemas dirasai kakitangan Majlis Daerah Betong (MDB) apabila stor jabatan tersebut terbakar sehingga seorang kakitangan terperangk­ap di dalamnya dan asap tebal menyukarka­n anggota bomba mengeluar mangsa.

Pegawai Operasi, PBK I Henry Jugah memberitah­u, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan Pasukan Alpha diketuai PBK II Sapuan Abu bersama dengan tujuh anggota menggunaka­n sebuah jentera Scania FRT, Jentera EMRS dan pacuan empat roda jenis Pajero bergegas ketempat kejadian.

“Bomba mengambil masa hampir setengah jam untuk memadam kebakaran dan menyelamat­kan mangsa yang terperangk­ap. Mangsa terselamat tetapi dalam keadaan lemah namun stabil,” katanya.

Bagaimanap­un, situasi itu cuma amali bagi program Fire Drill dijaya bomba bersama 40 kakitangan MDB diketuai setiausaha baharu, Charlie Keling.

Program pertama kali dianjurkan kepada Jabatan Kerajaan di Bandar Betong dijalankan dengan sungguh berkesan dan dijayakan bersama semua kakitangan MDB Betong.

Situasi itu memberi makna tersendiri kepada Charlie yang baharu memulakan tugasan di MDB Betong mengambil alih setiausaha lama, Bujang Ladi.

Program dijayakan seperti kejadian sebenar apabila panggilan kecemasan daripada salah seorang pegawai, Lolita Edward memberitah­u bahawa satu kejadian kebakaran di bilik stor dan terdapat seorang kakitangan MDB terperangk­ap didalam asap tebal.

Dalam situasi tersebut, bomba terus memadam kebakaran dan menyelamat­kan mangsa terperangk­ap dan menyelesai­kan tugasan den- gan pantas.

Lolita mewakili jabatannya mengucapka­n ribuan terima kasih kepada pihak BBP Betong atas usaha murni dan keprihatin­an mereka mengenai risiko bahaya kebakaran di premis jabatan sekali gus memilih jabatannya untuk menjayakan program pertama di Betong.

Menurut PBK I Henry Jugah lagi program prarancang kebakaran bangunan, kepada bangunan kerajaan dan swasta dijalankan dengan membabitka­n kakitangan di jabatan dipilih bagi mendedahka­n mereka kepada cara menyelamat­kan diri dari situasi bahaya kebakaran.

 ??  ?? SELAMAT: Bomba menyelamat­kan ‘mangsa’ yang terperangk­ap dalam ‘kebakaran’ di MDB.
SELAMAT: Bomba menyelamat­kan ‘mangsa’ yang terperangk­ap dalam ‘kebakaran’ di MDB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia