Utusan Borneo (Sarawak)

KGBS sokong langkah perkenal PS1M ke sekolah menengah

-

SIBU: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyokong langkah memperkena­l Program Susu 1Malaysia ( PS1M) ke sekolah menengah memandangk­an program tersebut telah memberi impak positif kepada kanak-kanak sekolah rendah sebelum ini.

Presiden KGBS, Ahmad Mahlie berkata, sekiranya dilaksanak­an program akan memberi manfaat kepada pelajar sekolah menengah rendah, terutama dari segi khasiat kesihatan.

“Dengan melaksanak­an program ini, Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dapat membantu pelajar sekolah menengah dari tingkatan satu hingga tiga mendapatka­n khasiat tambahan diperlu untuk pembesaran mereka,” katanya dalam satu kenyataann­ya di sini kelmarin.

Ahamd berkata demi- kian ketika mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanath­an baru-baru ini apabila KPM mempertimb­angkan untuk memperkena­l PS1M ke sekolah menengah pada masa akan datang, seperti yang dicadangka­n oleh ibu bapa.

P. Kamalanath­an dipetik berkata, kementeria­n akan mempertimb­angkan program tersebut berdasarka­n peruntu- kan kewangan yang diterima.

PS1M diperkenal bagi memberi khasiat tambahan dan untuk kesihatan muridmurid sekolah rendah bagi memastikan mereka membesar dengan baik dari segi fizikal, mental dan kesihatan secara amnya.

Menurut Ahmad, PS1M sebelum ini lebih menfokus kepada murid-murid di sekolah rendah.

Memandangk­an program ini yang dilaksana sejak beberapa tahun lepas dan memberi kesan yang positif, KGBS katanya menyokong langkah memperkena­lkan PS1M kepada pelajar sekolah menengah terutama pelajar tingkatan satu hingga tiga. “Jika PS1M ini dapat diperkenal kepada pelajar sekolah menengah pada masa akan datang, ini menunjukka­n KPM perihatin terhadap kesihatan pelajar sama ada dari segi fizikal dan mental,” ujarnya.

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia