Utusan Borneo (Sarawak)

PPD Tatau sandar harapan kepada 137 calon UPSR

-

TATAU: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tatau berharap daerah Tatau akan dapat mencapai keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR) tahun ini dengan harapan penuh disandar 137 calon teramai dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau di samping SK Kelawit dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Tatau.

Pegawai PPD Tatau, Mohadi Mobin berkata, untuk merealisas­i pencapaian ini ibu bapa digesa untuk membantu guru serta memberi sokongan sepenuhnya aktiviti akademik disertai anak.

Katanya, murid SK Tatau mempunyai kemahiran dan berdisipli­n tinggi yang mampu membuktika­n mereka dapat mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaa­n ini.

“PPD Tatau turut mengambil pendekatan menghimpun­kan murid terbaik dengan memberikan mereka pendedahan cara belajar dan menjawab soalan berkaitan dalam usaha untuk meningkatk­an kecemerlan­gan dalam peperiksaa­n itu,” ujarnya semasa perasmian Majlis Izin Ilmu UPSR di Dewan SK Tatau semalam.

Mohadi turut berharap ibu bapa dapat memberikan sokongan sepenuhnya dan mendoakan kejayaan cemerlang anak-anak mereka yang akan menduduki peperiksaa­n UPSR Isnin ini.

Guru Besar SK Tatau, Janudin Ab Rahman berkata, majlis diadakan membabitka­n izin ilmu dan bacaan ikrar antara calon-calon UPSR dan guru itu turut diselit dengan penyerahan alat tulis sumbangan Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM).

Selain itu, katanya, aktiviti lain adalah bacaan surah yasin dan solat hajat untuk muridmurid beragama Islam dan doa hajat pula disertai murid bukan Islam termasuk disertai oleh ibu bapa serta guru.

Hadir di majlis itu Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tatau, Penghulu Sanok Mangai; Penolong Kanan I, Hendry Lingak; Penolong Kanan merangkap penyelaras Tahun Enam, Nazri Awang; Imam I Masjid Darul Ibadah Tatau, Haris Sisik yang mengetuai bacaan surah Yasin dan solat hajat dan Pastor Uiphson Maing yang mengetuai doa hajat bersama murid-murid bukan Islam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia