Utusan Borneo (Sarawak)

MCMC akan tarik sekatan terhadap laman sesawang steampower­ed.com

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menarik tindakan sekatan terhadap laman sesawang steampower­ed.com susulan tindakan pihak pengendali platform tersebut yang telah akur dengan permintaan pihak MCMC untuk menghalang permainan video ‘Fights Of Gods’ daripada dimuat turun oleh pengguna di Malaysia.

MCMC dalam kenyataan yang disiarkan dalam akaun laman sosial Facebookny­a semalam berkata, MCMC komited di dalam melindungi kepentinga­n pengguna di Malaysia, dan tidak akan berkomprom­i dengan manamana pihak yang mengaibkan kesucian agama serta keharmonia­n antara kaum di negara ini.

“MCMC juga ingin mengingatk­an para pengguna agar lebih berwaspada dan menggunaka­n kebijaksan­aan mereka ketika memilih kandungan untuk diakses,” katanya.

Semalam, MCMC telah mengarahka­n pihak penyedia perkhidmat­an Internet untuk mengambil tindakan menyekat laman sesawang yang menjadi platform pengedaran digital permainan video ‘Fight of Gods’ yang dilihat mengaibkan kesucian agama serta keharmonia­n antara kaum di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam kenyataann­ya kelmarin berkata, tindakan tersebut diambil selepas pihak penyedia platform permainan video itu, Steam gagal mematuhi tempoh 24 jam yang diberikan untuk menghalang permainan video tersebut daripada dimuat turun oleh pengguna di Malaysia.

“Tindakan yang dilaksanak­an ini adalah perlu bagi melindungi pengguna selain memastikan tidak berlakunya kejadian yang tidak diingini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia