Utusan Borneo (Sarawak)

Keprihatin­an Malaysia terhadap pelarian Rohingya wajar dicontohi negara ASEAN

-

IPOH: Bantuan kemanusian yang dihulurkan oleh Malaysia kepada pelarian Rohingya yang berlindung di sempadan Bangladesh-Myanmar wajar dicontohi dan diikuti oleh negara anggota ASEAN yang lain.

Exco Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembanguna­n Sahsiah Perak Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata bantuan dari negara ASEAN lain amat diperlukan kerana ia akan memberi lebih tekanan kepada kerajaan Myanmar untuk menghentik­an kezaliman terhadap etnik Rohingya dengan segera.

“Dalam konteks ASEAN ada bentuk pendekatan tertentu termasuk mewujudkan kesatuan bagi menangani sebarang bentuk kezaliman oleh pihak termasuk apa yang berlaku terhadap pelarian Rohingya pada ketika ini.

“Kerajaan kita berada di landasan tepat dalam menangani krisis ini dan kita harap negara ASEAN lain turut bersamasam­a bagi memberi tekanan kepada Kerajaan Myanmar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Hammam 2017 sempena Perak Festival Of Ideas 2017 di sini, semalam.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap dalam Program Merdeka Ride 2017 di Bagan Datuk berkata kerajaan memperuntu­kkan bantuan berupa keperluan harian bernilai RM4 juta kepada pelarian terbabit yang dihantar semalam.

Sementara itu, Exco Pembanguna­n Luar Bandar, Pertanian, Perladanga­n, Penerangan dan Pembanguna­n Insan Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata mana-mana individu di negara ini di alu-alukan untuk membantu pelarian Rohingya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia