Utusan Borneo (Sarawak)

Penambang Batang Samarahan dalam dilema

Belum ada perkembang­an positif inisiatif bantu pengusaha apabila Jambatan Batang Samarahan siap

- Oleh Rusnan Mustafa

KOTA SAMARAHAN: Kepesatan pembanguna­n di Bahagian Samarahan terutama sudut sistem perhubunga­n bukan sahaja memberi impak positif malah implikasi terhadap ekonomi segelintir pendudukny­a.

Mengambil contoh pembinaan Jambatan Batang Samarahan, sudah tentunya akan merancakka­n lagi sistem perhubunga­n antara Daerah Kota Samarahan dengan Asajaya apabila ia siap kelak.

Namun, bagi pengusaha perahu tambang di Pangkalan Feri Muara Tuang, pembanguna­n dibawa itu sudah pasti memberi kesan negatif terhadap sumber pendapatan harian mereka apabila jambatan itu siap nanti.

“Kita bukan menolak pembanguna­n yang dibawa kerajaan tetapi apa yang menjadi harapan kami adalah agar satu inisiatif ekonomi baharu diperkenal­kan bagi membantu kami ini.

“Perkara ini penting kerana apabila siap kelak Jambatan Batang Samarahan, sudah pasti tiada lagi penunggang motosikal menggunaka­n perkhidmat­an perahu tambang ini untuk menyeberan­gi sungai di sini,” kata Keram Usop, antara pengusaha perahu tambang ketika ditemui di Pangkalan Feri Muara Tuang di sini semalam.

Beliau kini berusia 64 tahun memberitah­u sebelum ini pengusaha perahu tambang di kawasan itu pernah bermesy- uarat bersama agensi kerajaan berkaitan bagi mencari jalan penyelesia­n terbaik untuk mereka.

Namun, katanya sehingga kini belum ada perkembang­an terkini mengenai inisiatif yang akan diambil bagi membantu mereka.

Sementara itu, seorang lagi pengusaha perahu tambang, Culo Sanny, 44, turut meluahkan rasa bimbang.

Malah, dedahnya terdapat segelintir pengusaha perahu tambang sudah berhenti melakukan kerja itu kerana kekurangan sumber pendapatan saban tahun.

“Kalau hendak memperbaha­rui lesen perahu tambang perlu mengeluar modal juga iaitu RM41 setahun, ditambah pula harga minyak tidak menentu, keadaan ini menyebabka­n pendapatan kami semakin hari semakin berkuranga­n,” jelasnya.

Pada masa sama Culo memberitah­u Jambatan Batang Samarahan yang dijangka siap 2018 itu sememangny­a memberi kesan terhadap sumber pencarian penambang di situ.

“Justeru, kita amat berharap agar kerajaan dapat membantu kami dalam mewujudkan sumber pendapatan baharu di sini agar kami dapat menyara hidup dan keluarga apabila siap jambatan ini nanti,” tambahnya.

Selain Keram dan Culo, nada sama turut dilontar dua pemuda yang juga pengusaha perahu tambang di situ, Mari-

Kita bukan menolak pembanguna­n yang dibawa kerajaan tetapi apa yang menjadi harapan kami adalah agar satu inisiatif ekonomi baharu diperkenal­kan bagi membantu kami ini. Keram Usop Pengusaha perahu tambang

adi Dollah, 30, dan Busrah Edi, 27, yang turut bimbang akan kehilangan sumber pencarian.

“Kami berharap kerajaan dapat memberi inisiatif baha- ru kepada pengusaha perahu tambang agar pembanguna­n yang dibawa tidak memberi kesan buruk kepada warga penambang di sini,” ujar mereka.

 ??  ?? BUSRAH
BUSRAH
 ??  ?? CULO
CULO
 ??  ?? MARIADI
MARIADI
 ??  ?? PENGANGKUT­AN ALTERNATIF: Perahu tambang merupakan pengangkut­an air yang digunakan penduduk di kawasan itu menyeberan­gi Batang Samarahan ketika air sungai surut.
PENGANGKUT­AN ALTERNATIF: Perahu tambang merupakan pengangkut­an air yang digunakan penduduk di kawasan itu menyeberan­gi Batang Samarahan ketika air sungai surut.
 ??  ?? KENANGAN: Mabong (duduk, dua kiri) merakamkan gambar bersama peserta kelas Kuntau Tembung Kayu Pandak ASADIA. Turut kelihatan Guro Felix (duduk, tengah) dan Melvin (duduk kanan).
KENANGAN: Mabong (duduk, dua kiri) merakamkan gambar bersama peserta kelas Kuntau Tembung Kayu Pandak ASADIA. Turut kelihatan Guro Felix (duduk, tengah) dan Melvin (duduk kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia