Utusan Borneo (Sarawak)

Kemuka isu perkhidmat­an Hospital Miri kepada ALP

-

MIRI: Sebarang isu berkenaan perkhidmat­an di Hospital Miri boleh disuara kepada Ahli Lembaga Pelawat (ALP).

Pengarah hospital, Dr Jack Wong berkata, pihak pengurusan akan bekerjasam­a erat dengan ALP dalam usaha meningkatk­an mutu perkhidmat­an kepada pesakit.

“Kerjasama untuk memastikan bahawa segala permasalah­an dan isu berkaitan perkhidmat­an yang disediakan di fasiliti ini dapat ditangani,” jelasnya ketika menemui jawatankua­sa ALP kelmarin.

Menurut Jack, hospital Miri telah melantik seramai 22 ahli dan dipengerus­ikan Kaunselor Karambir Singh untuk tempoh tiga tahun bermula 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2019.

Lembaga Pelawat Hospital Kementeria­n Kesihatan Malaysia diwujudkan selaras dengan Pekeliling Ketua Setiausaha Kementeria­n Bilangan Dua Tahun 2006.

Beliau memberitah­u, ahli bertindak sebagai penghubung antara hospital dan komuniti dengan memberi penerangan jelas kepada orang awam tentang kemudahan dan perkhidmat­an disediakan di hospital.

Ahli juga menerangka­n masalah yang dihadapi pihak hospital dalam memberikan perkhidmat­an.

“Ketika lawatan, ahli akan mendapatka­n maklum balas perkhidmat­an hospital, masalah dihadapi hospital dalam penyampaia­n perkhidmat­an, juga masalah dihadapi pesakit dan waris berkenaan perkhidmat­an dah kebajikan membantu pesakit dan waris,” jelasnya.

Untuk tujuan tersebut, pihak lembaga akan menyediaka­n laporan selepas selesai setiap lawatan.

Daripada aspek kebajikan, ahli membantu mengumpul buku- buku dan majalah untuk bacaan pesakit, mengumpul, menghadiah­kan pakaian lama kepada pesakit miskin dan menghadiah­kan barang permainan kepada pesakit kanak-kanak.

“Mereka juga akan terlibat dalam aktiviti hospital, menganjurk­an kempen derma darah, kempen antirokok dan mengatur program berkaitan untuk membantu pihak hospital, ‘ tambah beliau.

Penduduk Miri khasnya pelawat dan pesakit yang mahu mendapat maklumat tentang ALP boleh merujuk sudut ALP di aras bawah bersebelah­an wad satu.

Untuk berhubung dengan ALP boleh menghantar e-mel di talian alphospita­l1719@ gmail. com, menghubung­i talian 085-420033 dan fax 085-416514.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia