Utusan Borneo (Sarawak)

RM27,000 berjaya dikumpul melalui SMK St Columba ‘Family Day Run’

-

MIRI: Sejumlah RM27,000 berjaya dikumpulka­n melalui program larian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Columba ‘Family Day Run’ berlangsun­g di pekarangan sekolah tersebut di sini semalam.

Pengerusi Alumni SMK St Columba, Kaunselor Karambir Singh berkata acara itu mendapat sambutan menggalakk­an bukan sahaja warga sekolah malah ibu bapa.

“Acara sempena cuti awam hari ini (semalam) disertai 1,000 orang dan kita amat berterima kasih dengan sokongan serta penyertaan semua terlibat,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Karambir, dana yang dikumpul itu digunakan untuk aktiviti sekolah yang disediakan bagi warga pelajar.

“Dana yang dikumpulka­n tersebut akan disalurkan kepada pihak sekolah bagi kegunaan kemajuan warga sekolah di sini,” ujarnya.

Katanya, selain larian mengumpul dana bagi aktiviti sekolah, program itu juga mengeratka­n hubungan silaturahi­m kalangan warga sekolah dengan ibu bapa serta masyarakat.

Karambir berkata, kelabkelab yang terdapat di sekolah tersebut turut mengadakan jualan makanan dan minuman pada hari yang sama.

“Hasil jualan digunakan untuk keperluan kelab masing-masing. Ia adalah usaha mereka menganjurk­an jualan dan hasil digunakan sepenuhnya untuk pelbagai aktiviti kelab,” jelasnya.

Sementara itu, Pengetua SMK St Columba Subah Nyareng turut berterima kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan bersama menjayakan program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia