Utusan Borneo (Sarawak)

ASADIA perluas program perkenal seni kuntau

-

KUCHING: Akademi Persatuan Dayak Iban Sarawak (ASADIA) memperluas­kan lagi program kelas kebudayaan dengan memperkena­l satu lagi siri kelas baharu melibatkan seni kuntau.

Ketua ASADIA, Mabong Unggang berkata kelas kuntau merupakan salah satu program akademi apabila peserta diajar seni Kuntau Tempur Bukit Saban atau Kuntau Tembung Kayu Pandak.

Kuntau atau seni mempertaha­n diri jenis ini katanya menggunaka­n senjata pendek seperti pemukul dibuat daripada rotan.

Selepas menggunaka­n kayu pendek, peserta kuntau nanti akan diajar pula dengan seni Kuntau Tembung Kayu Panjai.

“Seramai 20 orang turut serta dalam kelas belajar Kuntau Tempur Bukit Saban yang diajar oleh Guro Felix Kent Kechendai dan dibantu Melvin Kansun.

“Saya berharap mereka yang menyertai kelas ini bukan sekadar menguasai seni ini tetapi turut sama-sama memperluas lagi seni ini kepada masyarakat Dayak yang lain,” katanya.

ASADIA menurut Mabong akan meraikan ulang tahun keempat akademi tahun ini pada 25 November 2017.

Sempena ulang tahun ini, satu majlis makan malam berserta penyampaia­n sijil tamat kelas kebudayaan akan diadakan pada tarikh tersebut di Christian Ecumenical Centre Jalan Stampin dekat sini.

Majlis tersebut dijangka akan dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun.

Selain penyampaia­n sijil tamat kelas kebudayaan bagi Ngajat Iban, Orang Ulu, Bidayuh, kuntau, gendang pampat dan sape, mereka yang hadir akan diseri lagi pertunjuka­n kebudayaan oleh peserta ASADIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia