Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pekerja melecur gudang simpan papan lapis terbakar

-

BUTTERWORT­H: Dua pekerja melecur lebih 80 peratus selepas tidak sempat menyelamat­kan diri daripada kebakaran di sebuah gudang menyimpan papan lapis di jeti lama di sini awal pagi semalam.

Komander Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Pulau Pinang Mohd Faizman Che Amat berkata dua pekerja lelaki berusia 40-an itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan memaklumka­n gudang berkeluasa­n 2,000 kaki persegi itu terbakar pada kira-kira jam 3.16 pagi dan jentera pertama daripada Balai Bomba dan Penyelamat Butterwort­h tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.

“Sebaik tiba di gudang menyimpan papan lapis itu, seorang pekerja memaklumka­n terdapat dua rakan sekerjanya masih berada dalam gudang berkenaan dan tidak sempat menyelamat­kan diri semasa kebakaran tersebut,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu berjaya dikeluarka­n dari gudang berkenaan dan dihantar ke HSJ manakala seorang pekerja yang tidak cedera juga dibawa ke hospital yang sama untuk pemeriksaa­n.

Mohd Faizman berkata pihak bomba mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengawal kebakaran itu daripada merebak ke kawasan berhampira­n.

“Api marak dengan ce- pat kerana gudang itu menyimpan bahan mudah terbakar seperti kayu dan papan dan kebakaran itu memusnahka­n 80 peratus bangunan ( gudang) tersebut,” katanya.

Katanya sebanyak 28 pegawai termasuk anggota terlibat dalam operasi memadam kebakaran itu dan pihaknya mengambil masa masa lebih sejam untuk memadamkan keseluruha­n api.

Operasi itu turut dibantu 100 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) daripada 10 kawasan antaranya PBS Padang Lalang, PBS New Ferry, PBS Permatang Pauh, PBS Raja Uda, PBS Berapit dan PBS Juru, katanya.

Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. — Bernama SARIKEI: Penunggang dan pembonceng sebuah motosikal cedera parah setelah dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dalam kejadian sekitar jam 4 petang berhampira­n Rumah Emparak, Sungai Rian Ulu Strass dekat sini, kelmarin.

Ketika kejadian kedua-dua mangsa berusia 27 dan 16 tahun datang dari arah Pakan menuju ke Sibu. Dipercayai, sewaktu membelok masuk ke sebuah simpang tiba-tiba motosikal mereka dirempuh kereta datang dari arah sama.

Mangsa yang cedera dibawa mendapatka­n rawatan ke Hospital Sarikei sementara pemandu kereta tidak menga- lami sebarang kecederaan.

Polis turut dihubungi memaklumka­n ada menerima laporan tersebut dan menyatakan punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan.

 ??  ?? DIREMPUH: Kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta pacuan empat roda di Sungai Rian Ulu Strass petang kelmarin.
DIREMPUH: Kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta pacuan empat roda di Sungai Rian Ulu Strass petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia