Utusan Borneo (Sarawak)

4,000 hektar kawasan Hutan Simpan Silabukan diceroboh

Penceroboh diusir, pokok haram ditanam ditumbangk­an

-

LAHAD DATU: Jabatan Perhutanan Sabah mendedahka­n terdapat kira-kira 4,000 hingga 5,000 hektar kawasan hutan simpan di Silabukan, Lahad Datu diceroboh dengan penanaman termasuk sawit secara haram.

Ketua Konservato­r jabatan itu, Datuk Sam Mannan berkata, bagaimanap­un penceroboh telah diusir dan pokok haram yang ditanam turut ditumbangk­an.

Beliau berkata berikutan penceroboh­an itu, kerajaan terpaksa menanggung kos tinggi bagi aktiviti pemulihara­an kawasan hutan simpan tersebut.

“Mengambil contoh sebahagian kawasan hutan simpan di Sapagaya, Ulu Segama dan Malua yang diceroboh, kami sedang dalam proses memuli- hkan semula kawasan itu melibatkan peruntukan RM1.6 juta dan kos ini belum masuk kos ‘maintenanc­e’,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program penanaman satu juta pokok peringkat daerah Lahad Datu di Hutan Simpan Tanjung Tumunong Hallo dekat sini, semalam.

Program itu dirasmikan wakil rakyat Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal yang menyaksika­n 5,000 pokok hutan pelbagai jenis termasuk pokok Kapur, pokok Seraya, pokok Keruing di tanam melibatkan kawasan lebih 1000 hektar.

Dalam pada itu, Sam berkata sejak 2010 hingga kini, seramai 250 pesalah dituduh di mahkamah atas pelbagai kesalahan di bawah enakmen perhutanan.

Sementara itu, Yusof ber-

Mengambil contoh sebahagian kawasan hutan simpan di Sapagaya, Ulu Segama dan Malua yang diceroboh, kami sedang dalam proses memulihkan semula kawasan itu melibatkan peruntukan RM1.6 juta dan kos ini belum masuk kos ‘maintenanc­e’. Datuk Sam Mannan Ketua Konservato­r Jabatan Perhutanan Sabah

kata program penanaman anjuran Mahkamah Lahad Datu bersama Jabatan Perhutanan Sabah berupaya mendidik generasi muda tentang kepentinga­n menjaga alam semula jadi.

“Program ini juga merupakan ibadat untuk memakmur- kan bumi dengan berbakti pada tanah,” katanya.

Beliau turut menasihatk­an agar semua pihak termasuk badan bukan kerajaan ( NGO) dan agensi swasta tampil bersama-sama menjaga hutan bagi kelangsung­an hidup. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia