Utusan Borneo (Sarawak)

Bumbung rumah diterbang angin di Baling

-

BALING: Bumbung rumah seorang wanita yang baharu habis berpantang selepas mehirkan anak keduanya diterbangk­an angin dalam kejadian ribut di Kampung Tanah Periuk, Mukim Kupang di sini kelmarin.

Nor Hafizah Said, 25, berkata angin kuat berlaku ketika dia bersama bayinya yang berusia 44 hari, anak perempuann­ya yang berumur dua tahun dan serta adik perempuann­ya berada di ruang tamu.

“Segalanya terjadi dengan pantas. Tidak sampai beberapa minit, tengok-tengok bumbung rumah saya sudah diterbangk­an angin.

“Memang menakutkan, namun saya bersyukur kerana semuanya selamat.

Selepas ini saya akan menumpang di rumah ibu mentua saya yang tidak jauh dari sini, sementara menunggu bekalan elektrik rumah saya pulih,” katanya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri Kupang, Datuk Harun Abdul Aziz berkata kebanyakan kerosakan yang dialami penduduk melibatkan bumbung rumah tercabut diterbangk­an angin.

“Pihak kami sudah menyalurka­n bantuan awal kepada mangsa dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Daerah dan Pejabat Parlimen Baling.

“Kerja- kerja membersi- hkan kawasan termasuk mengalih dan memotong pokok yang tumbang di beberapa tempat masih dilakukan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Bomba dan Penyelamat Baling serta Jabatan Kerja Raya ( JKR) dan dijangka selesai petang ini ( petang semalam),” katanya.

Pegawai JKM Baling, Shamsul Izrin Isahak berkata anggaran kerosakan yang dialami adalah sekitar RM200,000 membabitka­n 72 rumah dan kini JKM sudah selesai membuat siasatan bantuan pemulihan bencana.

“Ini adalah ujian buat penduduk Baling memandangk­an kejadian banjir kilat dan ribut berlaku dalam tempoh 48 jam.— Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI BANTUAN: Mangsa ribut, Nor Hafizah Said bersama bayinya yang berusia 44 hari menerima bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Datuk Harun Abdul Aziz di Baling, semalam.
— Gambar Bernama BERI BANTUAN: Mangsa ribut, Nor Hafizah Said bersama bayinya yang berusia 44 hari menerima bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Datuk Harun Abdul Aziz di Baling, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia