Utusan Borneo (Sarawak)

BASF Petronas Chemicals anjur ‘free market’ pertama di Kuantan

-

KUANTAN: Apa yang tidak berguna bagi orang biasa adalah berharga bagi orang lain. Pendekatan inilah yang diambil oleh kakitangan BASF Petronas Chemicals dalam menganjurk­an ‘free market’ yang pertama di Taman Gelora di sini semalam bertujuan membantu mereka yang memerlukan.

Serorang kakitangan­nya, Lau Cheng Lyn berkata ia memberikan­nya kepuasan apabila melihat penduduk dari Kampung Selamat dan Kampung Tanjung Api, yang berhampira­n, kebanyakan­nya nelayan, berasa gembira apabila diberitahu semua barang di atas meja adalah percuma.

Lau yang bertugas di Jabatan Khidmat Pelanggan berkata beliau berasa lega dengan begiru ramai orang yang datang dan semua barangan meliputi barangan keperluan rumah, pakaian, kasut keselamata­n, mainan, buku dan barangan elektrik habis direbut oleh orang ramai dalam masa yang singkat.

“Saya berasa puas dapat membantu mereka yang memerlukan. Semua barangbara­ng itu masih dalam keadaan baik. Amalan ini bukanlah sesuatu yang baharu bagi kakitangan BASF.

“Kami mempunyai satu sudut di pejabat dikenali sebagai ‘take me back’ dan kakitangan boleh meletakkan apa-apa barangan termasuk tudung, pakaian dan alat mainan dan mereka yang berminat dialu-alukan untuk mengambiln­ya secara percuma,” kata beliau kepada Bernama ketika ditemui pada acara itu.

Sementara itu, Pengarah Pentadbira­n Sumber Manusia BASF Zairul Alwi dalam ucapannya berkata aktiviti ‘free market’ merupakan sebahagian daripada pengisian sambutan ulang tahun ke-20 syarikat itu tahun ini.

“Memakmurka­n kebajikan masyarakat setempat merupakan antara tanggung- jawab sosial syarikat dan kami percaya kepada kemanisan beramal ialah apabila syarikat dan kakitangan bersamasam­a berganding bahu dalam usaha murni. “Konsep ini juga secara tidak langsung dapat memupuk semangat dan sikap suka bersedekah serta menerima pemberian dengan hati yang ikhlas,” katanya.

Zairul menambah selain menyumbang dalam bentuk barangan, kakitangan syarikat itu juga mendermaka­n wang untuk membeli barangan asas yang diagihkan kepada 100 keluarga kurang berkemampu­an di sini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SECARA PERCUMA: Ibu bapa menemani anak mereka memilih barang permainan kanak-kanak yang diberikan secara percuma pada sambutan Ulang Tahun ke-20 syarikat BASF Petronas Chemicals melalui penganjura­n program ‘Green the Coastline and Free Market’ di Pusat...
— Gambar Bernama SECARA PERCUMA: Ibu bapa menemani anak mereka memilih barang permainan kanak-kanak yang diberikan secara percuma pada sambutan Ulang Tahun ke-20 syarikat BASF Petronas Chemicals melalui penganjura­n program ‘Green the Coastline and Free Market’ di Pusat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia