Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditangkap kerana tunggang motosikal curi

-

KUCHING: Seorang lelaki ditangkap polis untuk siasatan lanjut selepas didapati menunggang motosikal curi semasa diperiksa di hadapan sebuah pusat beli-belah di pusat bandar raya, semalam.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, suspek berusia 17 tahun berasal dari Kota Samarahan semasa kejadian dilihat mencurigak­an sebelum anggota dari Balai Polis Sentral bertindak menahannya untuk pemeriksaa­n sekitar jam 1.10 petang.

Menurutnya, hasilpemer­iksaan mendapati motosikal yang ditunggang­inya menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu dan pernah dilaporkan hilang di Bau.

“Bagaimanap­un, semakan nombar casis tidak dapat dilakukan semasa pemeriksaa­n tersebut disebabkan ia telah ‘diganggu’ dan suspek kemudian ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Sementara dalam kejadian berasingan, seorang lelaki mengaku telah melakukan 10 kes pecah rumahdi sekitar bandar raya ini dan Kota Samarahan selepas dia berjaya dicekup polis dalam satu operasi awal pagi kelmarin.

Suspek berusia 29 tahun berasal dari Bandar Baru Samariang itu ditahan anggota dari Balai Polis Tabuan Jaya yang membuat rondaan cegah jenayah sekitar jam 4.10 pagi Jumaat lepas.

“Suspek bersama seorang lagi rakannya menunggang sebuah motosikal semasa ditahan polis untuk pemeriksaa­n sebelum rakan suspek melarikan diri dari tempat kejadian dengan memecut laju motosikaln­ya dan suspek berjaya ditahan bersembuny­i di kawasan substesen berdekatan.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat pecah rumah bersama seorang rakannya dikenali sebagai Azmi dan Mahmud serta turut mengaku telah memecah masuk lebih kurang 10 rumah,” kata Abang Ahmad.

 ??  ?? DIRAMPAS: Motosikal curi yang dirampas daripada suspek.
DIRAMPAS: Motosikal curi yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia