Utusan Borneo (Sarawak)

Syukuri nikmat keamanan, kedamaian: Agong

Ambil iktibar daripada peristiwa di beberapa negara terutama di Timur Tengah yang sedang bergolak

-

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu mensyukuri nikmat keamanan dan kedamaian yang dikecapi dalam apa jua situasi, suasana dan keadaan, titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Seri Paduka bertitah baginda yakin rakyat sudah banyak mempelajar­i dan mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di beberapa negara di dunia, terutama di Timur Tengah, yang sedang berhadapan dengan peperangan bersenjata, bermandika­n darah, berhadapan dengan pergolakan, kekacauan yang seolah- olah tiada noktah penghujung.

“Lantaran itu, beta menyeru kepada seluruh rakyat beta yang dikasihi supaya sentiasa menghargai usaha-usaha menjaga keamanan dan keselamata­n negara, jangan pandang remeh dan mengambil mudah.

“Hargailah perjuangan dan pengorbana­n, keringat dan air mata yang dicurahkan oleh anggota pasukan keselamata­n yang bersabung nyawa, mengetepik­an kerehatan demi menjamin keselamata­n

Hargailah perjuangan dan pengorbana­n, keringat dan air mata yang dicurahkan oleh anggota pasukan keselamata­n yang bersabung nyawa, mengetepik­an kerehatan demi menjamin keselamata­n dan menjaga kerukunan dan kedamaian negara. Sultan Muhammad V Yang di-Pertuan Agong

dan menjaga kerukunan dan kedamaian negara,” titah baginda pada majlis sambutan Hari Keputeraan baginda, semalam.

Sultan Muhammad V bertitah rakyat juga harus berwaspada dengan perkembang­an negatif akhir-akhir ini, dengan munculnya ancaman kumpulan pengganas yang kian serius dan membimbang­kan di seluruh dunia, dan turut tidak terkecuali, negara ini.

“Beta yakin dengan kemampuan pihak Polis Diraja Malaysia dan agensi-agensi lain dengan kerjasama dan sokongan rakyat seluruhnya, pembantera­san ke atas anasir- anasir dan sel- sel ekstrem itu dapat diatasi,” titah baginda.

Seri Paduka bertitah baginda optimis dan menaruh harapan tinggi terhadap rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, yang menjadi aset yang paling berharga, akan terus melangsung­kan agenda perpaduan dan kerukunan hidup.

“Beta menyeru kepada seluruh rakyat beta yang dikasihi terus memelihara dan menyuburka­n perasaan dan sikap kemuafakat­an yang penuh bermakna, yang sejak sekian lama dipupuk dan dibaja,” titah baginda.

Seri Paduka bertitah baginda berharap dan mendoakan agar ekonomi negara dapat mengekalka­n momentum pertumbuha­n dengan lebih kukuh lagi.

“Sokongan rakyat seluruhnya sangat penting bagi membolehka­n agenda ekonomi yang lebih cemerlang.

“Hentikanla­h tindakan negatif yang merugikan negara, dengan membuat telahan dan andaian yang tidak bertanggun­gjawab seolaholah ingin melihat ekonomi negara runtuh dan negara jadi bankrap,” titah baginda.

Seri Paduka turut menzahirka­n rasa optimis baginda terhadap peranan kerajaan.

“Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran semasa, beta percaya dengan mandat, sokongan dan dukungan semua rakyat kerajaan beta akan terus cekal dan tabah mengatur strategi dan agenda negara bagi membolehka­n negara dan rakyat Malaysia, terus dihormati dan disegani di persada antarabang­sa,” titah baginda.

Yang di- Pertuan Agong juga mengingatk­an rakyat Malaysia supaya tidak diulik dan dibuai mimpi kelekaan dengan kemajuan negara yang dicapai.

“Jangan dijadikan alasan untuk kita berpeluk tubuh dan tidak berfikir bagi meningkatk­an kejayaan dan kecemerlan­gan. Banyak lagi ruang untuk kerajaan dan rakyat melakukan usahausaha penambahba­ikan dari semasa ke semasa,” titah baginda. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA BARISAN: Sultan Muhammad V berkenan memeriksa kawalan kehormatan pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaa­n Darjah-Darjah Kebesaran Persekutua­n di Istana Negara dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PERIKSA BARISAN: Sultan Muhammad V berkenan memeriksa kawalan kehormatan pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaa­n Darjah-Darjah Kebesaran Persekutua­n di Istana Negara dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia