Utusan Borneo (Sarawak)

Agong kurnia darjah kebesaran kepada 103 penerima

-

KUALA LUMPUR: Tiga tokoh ternama antara 103 penerima yang mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n 2017 bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara di sini, semalam.

Mereka ialah Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif serta dua bekas menteri kabinet, Tun Michael Chen Wing Sum dan Tun S. Samy Vellu. Ketiga-tiga mereka dianugerah­i darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM), anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran ‘Tun’.

Md Raus, 66, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara selama tiga tahun berkuat kuasa pada 4 Ogos lepas, menggantik­an Tun Arifin Zakaria yang bersara.

Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Presiden Mahkamah Rayuan sehingga 3 Ogos 2017.

Samy Vellu, 81, pula merupakan Duta Khas ke India dan Asia Selatan dalam bidang infrastruk­tur berkuat kuasa pada 1 Jan 2011 dan merupakan antara pemimpin paling lama memegang jawatan dalam kabinet bermula sebagai Menteri Kerja Raya dan Utiliti pada tahun 1979 sehingga tahun 2008.

Beliau mula menyertai arena politik pada tahun 1959 sebagai anggota MIC cawangan Batu Caves sebelum dilantik sebagai presiden parti itu pada pada tahun 1981.

Sementara itu, Chen, 85, merupakan bekas Timbalan Presiden MCA dan pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara pada tahun 2000 hingga 2003, selain pernah berkhidmat sebagai Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru.

Chen bergiat aktif dalam politik tanah air sejak tahun 1964 bersama MCA dan berkhidmat sebagai ahli Parlimen sejak tahun 1964 hingga 1986. Bersempena Hari Keputeraan Yang diPertuan Agong, seramai 1,518 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n 2017.

Selain Darjah SSM, penganuger­ahan semalam turut membabitka­n tiga Darjah Panglima Mangku Negara (PMN), 47 Darjah Panglima Setia Mahkota ( PSM), 42 Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) dan lapan Darjah Panglima Setia Diraja (PSD).

Tiga penerima PMN yang membawa gelaran Tan Sri ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Antara penerima Darjah PSM yang turut membawa gelaran Tan Sri ialah Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad; Pengerusi Lembaga Getah Malaysia Tan Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah; Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman; Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A Vigneswara­n; Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz.

Penerima PJN yang membawa gelaran Datuk antaranya Ketua Setiausaha Kementeria­n Luar Datuk Ramlan Ibrahim; Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Azam Baki; jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan bekas Naib Presiden MCA Datuk Woon See Chin.

Bagi penerima Darjah PSD yang turut membawa gelaran ‘Datuk’ antaranya ialah Ketua Protokol Kementeria­n Luar Datuk Kamilan Maksom; Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Setiausaha Negara Datuk Norazman Ayob dan Pengerusi Eksekutif Negara Mining Sdn Bhd Datuk Lam Yin Chon.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaik­an ucapan sembah tahniah kepada Seri Paduka bersempena Hari Keputeraan baginda bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia.

Turut menyampaik­an ucapan sembah tahniah ialah Wakil Kor Diplomatik yang juga Duta Besar Venezuela ke Malaysia, Manuel Antonio Guzman Hernandez mewakili ketua-ketua perwakilan asing di Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KURNIAAN DARJAH: Sultan MuhammadV berkenan mengurniak­an Darjah Seri Mahkota (S.S.M) yang membawa gelaran Tun kepada Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n...
— Gambar Bernama KURNIAAN DARJAH: Sultan MuhammadV berkenan mengurniak­an Darjah Seri Mahkota (S.S.M) yang membawa gelaran Tun kepada Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia