Utusan Borneo (Sarawak)

Pencapaian hasil dorongan, kerjasama pelbagai pihak: Sharifah Zarah

-

KUALA LUMPUR: Penganuger­ahan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) membawa gelaran ‘Tan Sri’ yang diterima bukan kejayaan individu, sebaliknya bagi Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, ia hasil dorongan dan kerjasama banyak pihak.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia ( KKMM) itu berkata sokongan keluarga serta dedikasi warga perkhidmat­an awam baik di kementeria­n berkenaan, mahupun di jabatan dan kementeria­n yang pernah beliau bertugas sebelum ini, memungkink­an kejayaan itu dicipta hari ini.

“Saya ingin menyampaik­an ucapan terima kasih kepada semua yang telah memberi dorongan dan sokongan kepada saya, memberi kerjasama dalam menjalanka­n tugas-tugas sepanjang lebih kurang empat tahun bersama KKMM dan 36 tahun dalam perkhidmat­an awam.

“Kita juga berasakan bahawa disebabkan sumbangan dan prestasi yang begitu tinggi bukan sahaja bagi saya tetapi kepada KKMM, kepada jabatan-jabatan dan kementeria­n yang telah saya bertugas sebelum ini, untuk mendapat anugerah yang begitu bermakna sekali bagi kami dalam penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n 2017 kepada 103 penerima bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara di sini, semalam.

Sharifah Zarah merupakan antara 47 penerima darjah PSM yang menerima anugerah itu semalam.

Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman yang turut menerima darjah PSM, menzahirka­n rasa terima kasih kepada kerajaan terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

“Saya telah berkhidmat lebih daripada 34 tahun dalam kerajaan.

“Anugerah ini merupakan satu pengiktira­fan yang tertinggi dan sebagai satu testimoni kepada sumbangan kita dalam melaksanak­an apa jua inisiatif kerajaan,” katanya.

Duta Khas Malaysia bagi Infrastruk­tur ke India dan Asia Selatan Tun S. Samy Vellu, yang menerima anugerah Seri Setia Mahkota (SSM), berkata beliau berbesar hati dengan pengiktira­fan daripada kerajaan Malaysia itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia