Utusan Borneo (Sarawak)

1,050 graduan IUKL terima ijazah dan diploma

Seramai 55 peratus graduan tempatan, selebihnya penuntut dari 30 negara seluruh dunia

-

Apabila kerjakerja sosial ini dapat saya lakukan, ia seakan-akan motivasi atau suntikan semangat yang mendorong untuk saya belajar dengan lebih tekun, apatah lagi saya berpegang kepada prinsip jika buat sesuatu, lakukanlah dengan sehabis baik.

BANGI: Seramai 1,050 graduan Universiti Infrastruk­tur Kuala Lumpur ( IUKL) menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam Majlis Konvokesye­n Ke-15 universiti itu semalam.

Daripada jumlah itu, empat orang menerima ijazah doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana ( 54), ijazah sarjana muda ( 679) dan diploma ( 313), meliputi 55 peratus graduan tempatan dan selebihnya penuntut daripada 30 negara di seluruh dunia.

Mereka terdiri daripada graduan Fakulti Kejurutera­an dan Teknologi Infrastruk­tur; Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Gunaan; Fakulti Seni, Komunikasi dan Pendidikan; Fakulti Seni Bina dan Alam Bina; Fakulti Perniagaan dan Perakaunan serta Fakulti Media Kreatif dan Teknologi Inovatif.

Majlis penyampaia­n ijazah dan diploma berkenaan disempurna­kan oleh Canselor IUKL, Tan Sri Ir Wan Abdul Rahman Wan Yaacob dengan disaksikan Naib Canselor IUKL, Prof Dr Roslan Zainal Abidin dan Pro Canselor IUKL Datuk Ir Lee Yee Cheong.

Pada majlis itu, graduan cemerlang, Phoebe Shafinaz Jasni dan Lai Jet Kee dipilih sebagai penerima Anugerah Naib-Canselor selepas masing- masing memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.93 dan 3.90.

Bercakap kepada pemberita, Phoebe Shafinaz, 24, yang juga seorang model sambilan sejak berumur 16 tahun berkata kejayaan menamatkan pengajian dalam bidang Komunikasi Pemasaran Bersepadu merupakan hadiah yang tidak ternilai kepadanya jika mengambil kira kesibukan urusan luar kampus yang dilaluinya sebe- lum menggengga­m segulung ijazah.

Pemegang diploma dalam bidang komunikasi korporat itu juga menyifatka­n pembelajar­an di IUKL menjadi lebih mudah dan lancar apabila kerja- kerja sosial yang diminatiny­a sejak kecil seperti terlibat dalam kempen mencintai hidupan liar, mengajar anak-anak Orang Asli dan menjadi duta kepada produk penjagaan kulit serta pakaian dapat dilakukan seiring dengan rutin seharianny­a sebagai pelajar.

“Apabila kerja-kerja sosial

Phoebe Shafinaz Graduan cemerlang

ini dapat saya lakukan, ia seakan-akan motivasi atau suntikan semangat yang mendorong untuk saya belajar dengan lebih tekun, apatah lagi saya berpegang kepada prinsip jika buat sesuatu, lakukanlah dengan sehabis baik,” katanya yang turut berikrar sebagai penderma organ.

Sementara itu, Kee, 24, berkata bahasa Inggeris yang digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajar­an di IUKL merupakan cabaran utama pengajian bidang Kejurutera­an Awam yang diikuti kerana beliau yang berlatarbe­lakangkan pendidikan di sekolah Cina dikategori­kan sebagai lemah dalam bahasa tersebut.

Anak kedua kepada pen- gusaha ladang buah naga di Sepang, Selangor itu berkata keadaan tersebut bagaimanap­un dijadikan sebagai pembakar semangat untuk belajar lebih gigih sehingga akhirnya muncul sebagai antara pelajar terbaik, yang memberi bayangan impiannya untuk memiliki ‘Ir.’ dalam beberapa tahun akan datang, tercapai. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ANUGERAH DITERIMA: Phoebe graduan Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian dalam Komunikasi Pemasaran Bersepadu dan Lai Jet Kee, graduan Sarjana Muda Kejurutera­an Awam Dengan Kepujian menunjukka­n anugerah masing-masing bersama graduan IUKL yang lain di...
— Gambar Bernama ANUGERAH DITERIMA: Phoebe graduan Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian dalam Komunikasi Pemasaran Bersepadu dan Lai Jet Kee, graduan Sarjana Muda Kejurutera­an Awam Dengan Kepujian menunjukka­n anugerah masing-masing bersama graduan IUKL yang lain di...
 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Wan Abdul Rahman menyampaik­an Anugerah NaibCansel­or kepada Phoebe sempena majlis Konvokesye­n IUKL ke-15 di Bangi, semalam.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Wan Abdul Rahman menyampaik­an Anugerah NaibCansel­or kepada Phoebe sempena majlis Konvokesye­n IUKL ke-15 di Bangi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia