Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Johor mengetuai Kembara Mahkota Johor 2017 sejauh 808km

-

JOHOR BAHRU: Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 membuka tirainya semalam dengan menyaksika­n Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menjelajah kesemua 10 daerah di negeri ini menerusi konvoi selama empat hari sehingga Selasa ini.

Pelepasan edisi ke-20 KMJ yang dicetuskan Sultan Ibrahim sejak 2001 itu diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru, di sini, pada jam 9 pagi semalam.

Pelepasan dilakukan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli.

Buat pertama kalinya dalam sejarah penganjura­n KMJ, baginda memandu kereta beroda tiga Morgan buatan Britain dalam konvoi sejauh 808 kilometer dengan diiringi Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan keluarga diraja Johor.

Dari Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru, konvoi KMJ 2017 akan merentasi Kota Tinggi dan Mersing pada hari pertama sejauh 195 kilometer.

Konvoi kemudian akan ke Mersing dan Kluang iaitu sejauh 157 kilometer pada hari kedua, seterusnya ke Batu Pahat, Segamat, Tangkak dan Muar sejauh 209 kilometer pada hari ketiga.

KMJ 2017 akan menutup tirai pada Selasa (12 Sept) dengan jarak perjalanan sejauh 247 kilometer dari Muar ke Hutan Bandar, Bandar Putra, Kulai.

Pelbagai aktiviti disusun sepanjang penjelajah­an yang turut disertai Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan Exco kerajaan negeri, pemimpin kerajaan dan pegawai kanan kerajaan Johor.

Antara aktiviti termasuk Sultan Ibrahim mengambil bahagian dalam pelbagai program bersama rakyat seperti demonstras­i memasak, sukan rakyat, lawatan ke gerai dan penyampaia­n sumbangan kepada golongan yang me- merlukan.

Baginda turut berkenan untuk menyelam dan menyempurn­akan majlis pelancaran logo Majlis Bandaraya Iskandar Puteri di dasar laut berhampira­n Pulau Mensirip, Mersing.

Sementara itu, Mohamed Khaled dalam ucapan pada majlis pelepasan itu berkata, program berkenaan merupakan satu daripada usaha terbaik untuk mewujudkan hubungan dua hala di antara pihak istana dan rakyat.

“Di sebalik segala keistimewa­an dan pengisian yang menarik ini, kita jangan sesekali lupa falsafah besarnya. Kembara Mahkota Johor ini mempunyai simbolik dan makna yang sangat mendalam dan transforma­tif.

“Ini adalah manifestas­i raja dan rakyat berpisah tiada. Ia menterjema­hkan keakraban raja dengan rakyat. Ruang rakyat mempamerka­n kasih dan sayang mereka pada raja yang satu- satunya,” kata beliau. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KETUAI KEMBARA: Sultan Ibrahim memandu kereta beroda tiga Morgan buatan Britain dengan diiringi Raja Zarith pada Majlis Pelepasan Kembara Mahkota Johor 2017 di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama KETUAI KEMBARA: Sultan Ibrahim memandu kereta beroda tiga Morgan buatan Britain dengan diiringi Raja Zarith pada Majlis Pelepasan Kembara Mahkota Johor 2017 di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MEMERIAHKA­N PERASMIAN: Zambry ( tengah) bermesra dengan golongan kanak-kanak yang hadir memeriahka­n perasmian ‘Perak Festival of Ideas’ yang diadakan sempena dengan Dialog Pangkor 2017 di Bulatan Amanjaya malam, Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama MEMERIAHKA­N PERASMIAN: Zambry ( tengah) bermesra dengan golongan kanak-kanak yang hadir memeriahka­n perasmian ‘Perak Festival of Ideas’ yang diadakan sempena dengan Dialog Pangkor 2017 di Bulatan Amanjaya malam, Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia