Utusan Borneo (Sarawak)

Kenduri diteruskan selepas banjir surut

-

KULIM: Seorang penduduk Kampung Tebuan di Mukim Sidim di sini bersyukur kerana hajatnya untuk mengadakan kenduri kesyukuran semalam sempena memasuki rumah baharu dapat diteruskan setelah banjir yang melanda kampung itu mulai surut.

Rosmizan Abdul Razak, 34, berkata hajatnya itu hampir tidak kesampain

kerana kawasan rumahnya digenangi air separas buku lali petang kelmarin.

“Saya baharu pindah ke rumah ini selepas hari raya puasa lalu dan rancang buat kenduri hari ini (semalam). Tapi tak disangka berlaku pula banjir.

“Saya sedang menyembeli­h lembu untuk buat kenduri ketika air mula memasuki rumah saya sekitar jam 5 petang.

“Namun Alhamdulil­lah setelah keadaan semakin pulih semalam, kami teruskan juga buat kenduri hari ini sebab semua barangan kelengkapa­n sudah disediakan. Lagipun ramai orang sudah datang untuk kenduri, “katanya ketika di temui Bernama.

Rosmizan berkata beliau berpindah ke rumah baharu untuk mengelak banjir yang sering melanda rumah lamanya yang terletak kira- kira tiga kilometer dari situ di Jalan Kampung Jalan Baru.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kulim, Leftenan (PA) Mohd Fadhil Fahmi Zaini berkata pusat pemindahan di surau Kampung Tebuan yang menempatka­n mangsa banjir kilat ditutup secara rasmi pada jam 9 pagi semalam.

“Semua mangsa beransur pulang ke rumah masing- masing sebaik sahaja banjir mula surut sejak jam 11 malam kelmarin.

Seramai 32 orang dari Kampung Tebuan dan Kampung Jalan Baru terjejas akibat banjir kilat itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia