Conte berang gagal pikat ‘bintang’
Pemergian pemain lama melemahkan kekuatan di dalam skuad Chelsea
LONDON: Antonio Conte menegaskan Chelsea masih dapat menarik pemain terbaik di dunia walaupun jendela perpindahan mereka berakhir dalam keadaan kucar-kacir.
Conte menghabiskan kebanyakan waktu pada musim percutian dengan merungut mengenai kegagalan Chelsea untuk mendapatkan sasaran utamanya setelah dia menyaksikan Manchester United berjaya mendapatkan tanda tangan Romelu Lukaku.
Walaupun menandatangani Alvaro Morata, Tiemoue Bakayoko dan Antonio Rudiger, Conte merasakan bahawa skuadnya kurang kekuatan mendalam ekoran pemergian John Terry dan Nemanja Matic selain b e b e r a p a p e m a i n lain.
S e b e - lum tarikh akhir perpindahan pada m i n g g u lepas, Chels e a c u b a meredakan kebimbangan pengurus mereka, hanya untuk melihat bidaan mereka menghasilkan pelbagai keputusan yang mengejutkan.
Sementara Chelsea berjaya untuk mendapatkan pemain tengah Leicester City Danny Drinkwater dan pemain pertahanan Torino Davide Zappacosta, Conte kecewa selepas tawarannya ditolak oleh dua pemain antarabangsa Eng- land, Ross Barkley dan Alex Oxlade-Chamberlain.
Barkley memilih untuk kekal di Everton walaupun Chelsea menyetujui bayaran bagi pemain tengah itu, manakala Oxlade- Chamberlain menolak tawaran pasukan The Blues untuk menyertai Liverpool.
Menguis-nguis untuk kontrak pada saat akhir bukan sesuatu yang sewajarnya bagi juara Inggeris itu, tetapi Conte bertegas menyatakan Stamford Bridge masih destinasi yang amat menarik.
Ditanya sama ada dia terkejut dengan penolakan Barkley dan Oxlade- Chamberlain, Conte berkata: “Jangan lupa seorang pemain Inggeris menandatangani kontrak. Jika saya tidak silap, Drinkwater adalah seorang pemain Inggeris. Kami gembira dengannya.
“Dua pemain baharu tiba dalam pasaran perpindahan. Sudah tiba masanya untuk bekerja sama, untuk bekerja dengan pemain baharu ini dan menyesuaikan mereka dengan cepat.” Laporan mendakwa Conte telah diarahkan oleh Chelsea untuk tidak bercakap dengan Barkley selepas satu perbualan d e n g a n OxladeC h a m - b e r l a i n mengenai rancangan- nya untuk menggunakannya sebagai pemain pertahanan sayap dikatakan menyebabkan pemain antarabangsa England itu tawar hati.
Namun Conte ketawa dan menepisnya dan menjelaskan bahawa pemain bersedia untuk menyertai kelab seperti Chelsea tidak kira apa pun promosi jualan oleh majikan.
“Saya tidak mahu bercakap mengenai pengalaman saya di England, tetapi ketika saya menjadi pengurus Juventus, setiap pemain mahu datang,” katanya.
“Jika mereka bercakap dengan jurulatih, ia tidak penting. Mereka sudah memutuskan untuk menyertai
sebuah kelab yang
hebat. “Ketika saya berpindah dari Lecce ke Juventus, pengerusi Juventus memanggil saya, bukan pengurus. Dia bercakap kepada saya dan juga ibu saya.
“Saya berusia 21 tahun. Dalam kes saya, pengerusi mahu membuat ibu saya rasa betul mengenai perpindahan ini. Bagi si ibu untuk kehilangan seorang anak tidaklah mudah.”
Perasaan yang masih wujud ialah Conte tidak berpuas hati sepenuhnya dengan cara hirarki Chelsea mengendalikan pasaran perpindahan dan warga Itali itu bingkas menyatakan bahawa pembabitannya dalam pengambilan pemain adalah terbatas.
“Kelab bertanyakan pendapat saya tentang pemain yang dapat menambah baik pasukan,” katanya.
“Sebelum saya memberikan pendapat, saya cuba membawa maklumat saya mengenai pemain berkenaan, sama ada dia mempunyai pengalaman dan perwatakan yang sesuai untuk kelab.
“K e l a b memasu- p a s a r a n perpin- h a n cuba
Dua pemain baharu tiba dalam pasaran perpindahan. Sudah tiba masanya untuk bekerja sama, untuk bekerja dengan pemain baharu ini dan menyesuaikan mereka dengan cepat. Antonio Conte Pengurus Chelsea
k i d a - d a n sedaya upaya. K e r j a saya berakhir di atas padang. “S a y a s u k a memikirkan tentang masa sekarang. Saya tidak bimbang mengenai masa lalu. Kita berusaha sedaya upaya untuk menambah baik skuad.” Dengan jadual tujuh perlawanan yang sibuk dalam masa 21 hari, kedalaman skuad Conte akan diuji serta- merta, bermula di Leicester semalam sebelum kempen mereka dalam Liga Juara- Juara bermula pada minggu akan datang. — AFP