Utusan Borneo (Sarawak)

City tidak mampu penuhi permintaan harga yang diletak oleh West Brom

-

MANCHESTER: Manchester City gagal dalam usaha untuk menandatan­gani pemain pertahanan tengah Jonny Evans kerana mereka tidak dapat memenuhi permintaan harga oleh West Bromwich Albion, kata pengurus Pep Guardiola.

City dituduh melakukan ‘ doping kewangan’ oleh ketua La Liga Javier Tebas setelah membelanja­kan kirakira 215 juta pound (RM1.18 bilion) ke atas pemain baharu sewaktu jendela perpindaha­n pada musim percutian.

Namun selepas tawaran City yang dilaporkan sebanyak 18 juta pound (RM99 juta) untuk Evans ditolak oleh pengurus West Brom, Tony Pulis, Guardiola membayangk­an bahawa kelab itu bukan hantu perpindaha­n seperti yang didakwa.

“Jonny Evans adalah satu idea. Rakan sejawatan saya Tony Pulis meletakkan harga yang kami tidak mampu ketika itu,” kata Guardiola sebelum perlawanan City menentang Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris semalam.

“Kami membeli lima pemain yang masing-masing berharga kira-kira 35 juta pound (RM192.5 juta). Ia bukan isu besar kerana kami menjual ramai pemain. Kami ada duit untuk dilabur balik. Saya gembira dengan skuad dan kami akan maju ke hadapan dengan itu.”

Dia menambah: “Kami ada lebih banyak wang sedikit untuk dibelanja, tetapi tidak begitu banyak. Mungkin anda mempercaya­inya kerana kami adalah Manchester City dan kami dapat berbuat demikian, tetapi ia adalah mustahil.”

Kegagalan City untuk mendapatka­n Evans telah kembali untuk menggigit mereka setelah kapten Vin- cent Kompany tidak dapat bermain untuk menentang Liverpool kerana kecederaan betis.

City berharap untuk mendapatka­n pembeli bagi Eliaquim Mangala sewaktu jendela perpindaha­n tetapi pemain Perancis itu kekal dan Guardiola berkata dia kini dapat menyediaka­n pilihan di posisi pertahanan tengah.

“Jika dia di sini, ia adalah kerana dia bersedia untuk bermain,” kata Guardiola.

“Saya tahu kualitinya. Dia seorang pemain pertahanan tengah yang tulen dan kami akan membantuny­a sedikit dengan kelemahann­ya dalam persiapan, untuk membantuny­a bertambah baik.

“Saya bercakap dengannya selepas tarikh akhir, untuk menyatakan dia adalah sebahagian daripada kumpulan ini dan dia perlu mendapatka­n keyakinan saya di atas padang.”

Guardiola turut menceritak­an tentang pemergian produk akademi yang ditaraf tinggi Jadon Sancho, yang menyertai Borussia Dortmund dengan kontrak yang dilaporkan bernilai 8 juta pound (RM44 juta) kerana bimbang dia tidak diberi peluang untuk bermain dengan lebih kerap. — AFP

 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia