Utusan Borneo (Sarawak)

Bundesliga: RB Leipzig cipta kemenangan 2-0 ke atas Hamburg

-

BERLIN: Naby Keita dan Timo Werner menjaringk­an gol pada separuh masa kedua untuk mencatatka­n kemenangan 2-0 bagi RB Leipzig di Hamburg kelmarin dan menaikkan keyakinan kelab Bundesliga itu sebelum penampilan sulung mereka dalam Liga Juara-Juara.

Kemenangan itu penting bagi Leipzig yang bermain dalam Liga Juara-Juara buat pertama kalinya di stadium sendiri menentang Monaco pada Rabu ini.

Keita yang akan menyertai kelab Merseyside, Liverpool, bagi musim 2018/19, meletakkan Leipzig di hadapan di Hamburg pada minit ke-67 apabila pemain tengah Guinea itu merembat bola masuk dari jarak 20 meter.

Penjaga gol Leipzig, Peter Gulacsi, kemudian meng- halang Hamburg daripada menyamakan kedudukan dengan aksi cemerlang apabila dia menafikan penyerang Hamburg, Sven Schipplock.

Werner, penyerang Jerman, menggandak­an kelebihan Leipzig 15 minit sebelum tamat apabila pemain baharu RB, Kevin Kampl, melorongka­n hantaran kepada pemain berusia 21 tahun itu untuk menyumbat gol.

Werner kini sudah menjaringk­an lima gol dalam empat perlawanan terakhirny­a untuk kelab dan negara, termasuk dua jaringan dalam kemenangan besar 6-0 Jerman ke atas Norway pada Isnin lepas yang meletakkan juara dunia itu di ambang kelayakan ke Piala Dunia pada tahun depan di Russia.

Werner dinafikan tendangan penalti di Hamburg oleh video pembantu pengadil ( VAR) sejurus sebelum waktu rehat apabila dia kelihatan seperti dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Pengadil Deniz Aytekin memberikan tendangan penalti, tetapi VAR membatalka­n keputusan penalti itu apabila ulang tayang menunjukka­n kaki pemain tengah Hamburg, Albin Ekdal, terkena bola sebelum menjatuhka­n Werner.

VAR sedang diuji dalam liga Jerman buat pertama kali pada musim ini.

“Kami sewajarnya menang,” kata jurulatih Leipzig, Ralph Hasenhuett­l.

“Kami ada banyak peluang pada separuh masa pertama, tetapi tiada jaringan, kemudian timbul situasi penalti itu.

“Pada babak kedua, kami fokus kepada kekuatan kami dan ia membuahkan hasil.”

Keputusan itu meletakkan Leipzig di tempat ketiga dalam carta liga di belakang Borussia Dortmund dan juara bertahan Bayern Munich yang masing-masing menentang Freiburg dan Hoffenheim semalam. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia