Utusan Borneo (Sarawak)

Sematan Triathlon bakal tampil peserta luar negara

-

KUCHING: Sematan Triathlon bakal menampilka­n peserta dari luar negara berlangsun­g di Sematan Town Square pada 24 September ini.

Peserta akan melalui tiga jenis disiplin iaitu berenang sejauh 1.5km, berbasikal 40km dan berlari 10km.

B e b e r a p a k a t e g o r i dipertandi­ngkan iaitu lelaki terbuka (17 hingga 38 tahun), wanita terbuka, lelaki veteran (48 dan 49 tahun) untuk kategori ‘men masters’ (50 tahun ke atas) dan berpasukan.

Lebih 30 peserta mengesahka­n penyertaan iaitu peserta tempatan, Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Brunei.

Pengerusi penganjur, Awang Putrayusri­e Awang Redzuan berkata perlumbaan bermula di Pejabat Daerah Lundu dikendalik­an oleh ZASS Event bagi mempromosi daerah Lundu sebagai destinasi sukan triathlon.

Menurutnya, penganjura­n itu berupaya meningkatk­an sosioekono­mi dan budaya masyarakat setempat.

“Ini adalah idea Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Datin Patinggi Jamilah Anu yang mahu meningkatk­an potensi sektor ekopelanco­ngan di daerah Lundu dan Sematan.

“Selain itu, meningkatk­an kerjasama agensi kerajaan, swasta, NGO serta masyarakat bagi memajukan daerah Lundu,” katanya pada Mesyuarat Jawatankua­sa Sematan Triathlon 2017 di Pejabat Daerah Lundu semalam.

Pegawai Daerah Lundu itu berkata, pihaknya mengalualu­kan penyertaan peserta luar negara iaitu Indonesia dan beberapa negara lain.

Sementara itu, Pengarah ZASS Event Management, Seiji Borhan berkata misi pen- ganjuran Sematan Triathlon adalah yang terbaik dalam penganjura­n acara tersebut di negeri ini.

Menurutnya, pihaknya berusaha mendapatka­n jumlah penyertaan seramai mungkin.

“Kami berusaha meningkatk­an keselamata­n dan perjalanan pelumbaan lebih teratur dan pelaksanaa­n program berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan sasar peserta ialah kelab sukan seluruh negara termasuk Semenanjun­g Malaysia, Sabah, Labuan dan Brunei.

Juara bagi kategori terbuka lelaki bakal menerima RM1,500 diikuti wanita terbuka RM1,000, lelaki veteran (RM1,000), men masters (RM1,000) dan team relay.

Keterangan lanjut boleh menghubung­i Seiji di talian 012-8881740 @ Zamri Dollah (016-8822773) atau Ah Kee (012-8870436).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia