Utusan Borneo (Sarawak)

Anjur lebih banyak kejohanan boling bertaraf antarabang­sa di Sarawak

-

KUCHING: Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berharap lebih banyak kejohanan tenpin boling bertaraf antarabang­sa dianjurkan di Sarawak di masa akan datang.

Menurutnya, Sarawak mempunyai fasiliti sukan bertaraf dunia untuk menganjurk­an kejohanan antarabang­sa.

Beliau turut memuji inisiatif Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak ( ABAS) menghidupk­an semula Kejohanan Boling Terbuka Antarabang­sa Sarawak selepas 18 tahun dan mahu penganjura­nnya diteruskan setiap tahun.

“Kali terakhir Kejohanan Boling Antarabang­sa Sarawak dianjurkan pada 1999 di Megalane East, Miri. Ini langkah berani diambil oleh ABAS dan saya berharap lebih banyak kejohanan dianjurkan di Kuching.

“Kita mempunyai arena boling bertaraf dunia turut digunakan untuk menganjur SUKMA 2016 dan saya melihat tidak ada alasan untuk kita gagal menganjurk­annya,” katanya pada majlis penutupan kejohanan itu di Megalane Batu Kawa di sini semalam.

Beliau merakamkan tahniah kepada ABAS kerana berjaya mendapatka­n sijil pengiktira­fan daripada Persekutua­n Boling Asia (ABF) dan Persatuan Tenpin Boling Antarabang­sa (WTBA) untuk membawa kejohanan itu di Sarawak.

Abdul Karim yang juga penaung kejohanan tersebut gembira dengan penyertaan menggalakk­an yang menyaksika­n seramai 213 peserta dari 10 buah negara mengambil bahagian.

Negara terbabit ialah Malaysia, Jepun, India, China, Indonesia, Australia, Hong Kong, Thailand, Brunei dan Singapura.

“Saya difahamkan pasukan kebangsaan dari Jepun, India, Singapura dan Malaysia juga berada di sini. Ikon sukan Malaysia dan pemenang emas Sukan SEA 2017, Shalin Zulkifli dan Rafiq Ismail juga turut serta menyatakan sokongan terhadap kejohanan ini.

“Penganjura­n kejohanan seperti ini mempromosi­kan semangat kesukanan dan setiakawan antara peserta selain meningkatk­an standard sukan boling negara,” jelasnya.

Abdul Karim turut memuji inisiatif ABAS menjalinka­n kerjasama pintar bersama pihak sekolah menggalakk­an penyertaan lebih ramai go- longan pelajar menceburi sukan itu.

Menurutnya, usaha persatuan itu diyakini dapat membantu Sarawak mencapai visi muncul kuasa sukan di Malaysia bukan sahaja dalam boling malah dalam sukansukan lain.

Hadir sama Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) merangkap Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) Dr Ong Kong Swee, Timbalan Presiden ABAS, Saifulbaha­ri Shukri dan Naib Presiden ABAS, Robert Lu.

 ??  ?? PEMENANG: Abdul Karim (dua kiri) bersama (dari kiri) Robert, Snowdan, Ong, Saifulbaha­ri dan pemenang kategori Open Masters pada penutupan kejohanan boling semalam.
PEMENANG: Abdul Karim (dua kiri) bersama (dari kiri) Robert, Snowdan, Ong, Saifulbaha­ri dan pemenang kategori Open Masters pada penutupan kejohanan boling semalam.
 ??  ?? MILIKKU: Adrian memperagak­an trofi dimenangin­ya pada penutupan kejohanan boling terbuka Sarawak di Kuching semalam.
MILIKKU: Adrian memperagak­an trofi dimenangin­ya pada penutupan kejohanan boling terbuka Sarawak di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia