Utusan Borneo (Sarawak)

Para ASEAN: Skuad basikal sasar 10 emas

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Empat tahun dahulu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg telah menetapkan sasaran kepada skuad Kuching FA untuk melayakkan diri pada saingan Piala FAM 2017, kejohanan berprestij negara anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bagi merealisas­ikan misi itu, beliau sendiri telah memperkena­lkan Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg sebagai salah satu kejohanan disertakan dalam kalendar tahunan Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (KDFA).

Inisiatif diperkenal­kan Ketua Menteri itu nyata tidak siasia apabila ramai pemain bola sepak berpotensi khususnya kalangan remaja dilahirkan oleh KDFA setiap tahun.

Mereka inilah yang telah membawa pelbagai kejayaan demi kejayaan kepada Kuching FA sehingga melakarkan sejarah melayakkan diri ke saingan Piala FAM 2017.

Bagi mana-mana pasukan berstatus kelab di Malaysia, ia satu penghormat­an cukup besar jika berjaya menempatka­n diri pada kejohanan ketiga paling berprestij selepas Liga Super dan Liga Perdana.

Apatah lagi bagi Kuching FA, kelab bola sepak biasa yang bermula dari bawah.

Semuanya berkat dorongan dan sokongan padu Ketua Menteri sendiri dalam menyuntikk­an program pembanguna­n bola sepak tempatan.

Kredit juga harus diberikan kepada pengurusan KDFA yang begitu komited dan gigih menggerakk­an aktiviti tahunan persatuan selaras dengan visi Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) untuk memperkasa pembanguna­n bola sepak peringkat akar umbi.

Dedikasi KDFA dalam mengejar misi ditetapkan oleh Ketua Menteri menjadi pencetus semangat pemainpema­in Kuching FA untuk menampilka­n persembaha­n memberangs­angkan.

Rekod cemerlang Kuching FA bermula dengan kejayaan bersejarah menjuarai Kejohanan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) edisi pertama pada 2016.

Ramai masih tidak menjang- ka sehingga sekarang namun itulah hakikatnya - Kuching FA dinobatkan juara sulung LBR selepas menewaskan wakil dari Perlis, Padang Besar dengan jaringan 3-1.

Bertitik tolak dari situ, Kuching FA tidak memandang ke belakang dan melangkah setapak lagi dengan menyertai saingan Piala FAM.

Sebagai permulaan, Pengurus Pasukan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman meletakkan sasaran kepada skuad itu melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Sekali lagi seluruh peminat bola sepak di Sarawak dikejutkan dengan berita gembira Kuching FA sah mara ke peringkat suku akhir kejohanan itu pada Julai lalu.

Selepas beraksi dalam 12 perlawanan dalam Kumpulan B, Kuching FA berjaya mengumpul 18 mata hasil lima kemenangan, tiga seri dan empat kemenangan untuk menduduki tangga keempat dari tujuh pasukan.

Di atas kertas, skuad kendalian Shahrizan Sahari itu dilihat mampu mara lebih jauh pada fasa ‘kalah singkir’ jika berjaya melepasi cabaran awal, UKM FC.

Mampu atau tidak mereka mengejar misi baharu itu bergantung sepenuhnya kepada persembaha­n semua pemain pada dua aksi suku akhir nanti.

Perlawanan pertama berlangsun­g pada 19 September ini di Stadium Negeri, Petra Jaya jam 8.15 malam disusuli aksi kedua pada 26 September di Stadium UKM, Bangi. KUALA LUMPUR: Insiden kemalangan membabitka­n skuad berbasikal para negara tidak mematahkan semangat mereka untuk sekurangku­rangnya meraih 10 pingat emas pada Sukan Para ASEAN kesembilan nanti.

Pengurus pasukan Mohd Asri Abdul Mubin berkata enam pingat emas disasarkan dalam acara trek manakala empat lagi dalam acara lebuh raya.

Insiden yang berlaku pada Khamis kira-kira pukul 10.45 pagi itu, membabitka­n Ketua Jurulatih Mohd Johari Nayan dan Muhammad Khairul Nizam Mohd Ali serta Mohd Hairul Hazwan Wahab termasuk dua ‘pilot rider’ iaitu Mohd Nor Rizuan Zainal dan Muhamad Nur Syafiq Suhaimy dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di KM12.6 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar).

Dua pelumba berbasikal para, Muhammad Khairul Nizam dan Mohd Hairul Hazwan mengalami hentakan di kepala akibat kemalangan manakala dua ‘pilot rider’ mengalami kecederaan serius.

Sementara itu, atlet berbasikal para negara Muhamad Afiq Afify Rizan berkata mereka telah melakukan persiapan lengkap bagi membolehka­n mereka mambantu skuad negara mencapai sasaran yang ditetapkan. — Bernama

 ??  ?? TERBAIK: Pasukan Kuching FA memiliki peluang terbaik untuk mengorak langkah lebih jauh pada kempen Piala FAM musim ini.
TERBAIK: Pasukan Kuching FA memiliki peluang terbaik untuk mengorak langkah lebih jauh pada kempen Piala FAM musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia