Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival Hari Malaysia 15-17 Sept

Orang ramai diminta ambil peluang kunjungi gerai pameran disediakan

-

KOTA KINABALU: Karnival Hari Malaysia yang diadakan selama tiga hari bermula 15-17 September dilihat akan memeriahka­n lagi sambutan Hari Malaysia 2017 tahun ini.

Karnival yang julung kalinya diadakan itu diadakan bermula jam 2 petang hingga 10.30 malam di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Likas.

Ketua Pegawai Operasi Sekretaria­t Merdeka Kementeria­n Komunikasi & Multimedia Malaysia, Rozilah Katan, berkata itu antara pembaharua­n yang dibawakan ke Sabah sempena sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada tahun ini.

Sempena karnival itu, Pameran Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) akan turut diadakan untuk memberitah­u orang ramai tentang perkhidmat­an digital yang disediakan oleh kerajaan.

Beliau berharap rakyat di negeri ini mengambil kesempatan yang ada itu untuk mengunjung­i gerai pameran yang disediakan untuk mengetahui tentang perkhidmat­an dan akses digital yang disediakan.

Pameran berbentuk hiburan mengenai perkhidmat­an Jabatan Penyiaran Malaysia, Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia, Astro dan Media Prima akan turut diadakan.

Selain itu, Pameran Komuniti 1Malaysia akan membantu pengusaha In- dustri Kecil dan Sederhana (IKS), Pengusaha industri ternakan, pengusaha industri pertanian dan kraf tangan untuk mempamerka­n dan menjual produk masingmasi­ng.

Menariknya sambutan kali ini adalah Konsert 1Malaysia Sehati Sejiwa akan diadakan tiga malam berturut-turut yang mana malam kemuncakny­a adalah pada 16 September. Konsert akan diadakan selepas acara rasmi sambutan Hari Malaysia berakhir.

Sementara itu, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datu Rusmadi Datu Sulai berkata sambutan kali ini dijangka mampu menarik seramai 30,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Sambutan Hari Malaysia ke- 54 tahun ini dijangka dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Majlis sambutan Hari Malaysia yang dijadualka­n bermula pada 8 malam itu akan dipenuhi dengan pelbagai acara hiburan dan persembaha­n khas.

“Seramai 1,500 orang belia terlibat dalam persembaha­n istimewa yang dibahagika­n kepada lima segmen persembaha­n tarian dan nyanyian.

“Kita melibatkan ramai golongan belia kerana kita mahu perayaan Hari Malaysia ini tersemat dalam diri anak muda agar mereka akan sentiasa menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang mampu memupuk semangat cintakan negara dalam diri masing- masing,” katanya semasa Majlis bersama Media (luncheon talk) sempena Hari Malaysia 2017, di sini pada Jumaat.

Menurutnya, sambutan Hari Malaysia yang bertemakan ‘ Negaraku Sehati Sejiwa’ ini lebih berbentuk santai kerana mereka mahu rakyat berasa selesa dan memeriahka­n sambutan ini.

Dalam aspek lalu lintas pula, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superinten­den George Rakman memberitah­u tiada penutupan jalan secara menyeluruh akan dilakukan sempena sambutan Hari Malaysia.

“Penutupan jalan akan dibuat secara berkala di kawasan bulatan Stadium Hoki dan Stadium Bola Sepak.

“Oleh itu, saya nasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan masingmasi­ng supaya mereka dapat sampai ke destinasi yang dituju. Orang rramai juga perlu mematuhi petugas lalu lintas,” katanya.

Antara kawasan parkir yang boleh digunakan bagi meletak kenderaan adalah di Likas Square, Pusat Dagangan Sabah (STC), Tapak Tamu KPD, Taman Teluk Awam Likas dan sepanjang Jalan Lama Tuaran (tanpa menghalang laluan).

Turut hadir pada majlis itu adalah Pengarah Penerangan Sabah Swady Guliling dan Penolong Pengurus TM Bhd Sabah Datuk Zainal Mohd Amin.

 ??  ?? SELAMAT HARI MALAYSIA: Rusmadi (empat kiri) bersama George (dua kiri), Swady (lima kiri), Rozilah (empat kanan) bersama pengamal media yang hadir dalam majlis berkenaan.
SELAMAT HARI MALAYSIA: Rusmadi (empat kiri) bersama George (dua kiri), Swady (lima kiri), Rozilah (empat kanan) bersama pengamal media yang hadir dalam majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia