Utusan Borneo (Sarawak)

Agensi berkaitan pertanian digesa berusaha capai pensijilan MyGAP

-

TUARAN: Agensi di bawah Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan pihak yang berkenaan digesa supaya meningkatk­an lagi usaha ke arah persijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP).

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, langkah itu amat penting bagi men jamin keselamata­n dan komoditi pengeluara­n makanan berasaskan pertanian, ternakan dan akuakultur.

“Keutamaan terhadap Amalan Pertanian Baik (GAP) di peringkat ladang dan seterusnya melaksanak­an peraturan penggredan, pembungkus­an dan pelabelan yang betul akan menjamin kualiti serta kebolehpas­aran keluaran pertanian untuk tujuan eksport mahupun kegunaan tempatan.

“Pematuhan piawaian dan kualiti antarabang­sa akan meningkatk­an kebolehpas­aran dan permintaan keluaran makanan di negeri ini, “katanya ketika berucap sempena Majlis Perasmian sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Sabah (HPPNS) 2017, di sini pada Jumaat.

Selain itu, Yahya juga menggesa agensi dibawah kementeria­nnya agar lebih proaktif dan inovatif serta kerjasama melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan ( NBOS) dalam membangunk­an sektor pertanian dan pengeluara­n makanan di negeri ini.

Katanya, Institusi kewangan seperti MARA, Agrobank, TEKUN dan Yayasan Usaha Maju Sabah (YUMS) juga perlu meningkatk­an serta mempermuda­h syarat kepada peminjam atau pengusaha pengeluara­n makanan.

Justeru, beliau menyeru kepada petani, penternak dan nelayan termasuk Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mengambil peluang meningkatk­an lagi produktivi­ti dan pendapatan melalui bimbingan, pemberian subsidi, insentif, serta bantuan yang disediakan di bawah MAFI.

Terdahulu, sambutan yang berlangsun­g tiga hari bermula Jumaat itu disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman.

Hadir sama adalah Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hajiji Noor.

Seramai 68 peserta terdiri dari petani, penternak, nelayan dan usahawan menerima sijil penghargaa­n usahawan ‘High Achievers’, manakala 13 peserta menerimaan­ugerahdala­mberbagai kategori bidang usahawan.

Sementara itu, penerima Anugerah Usahawan Siswazah Pertanian Arthur Davis Lim, 28, berkata, penglibata­nnya dalam kegiatan pertanian bermula sejak usia muda lagi.

Beliau yang memegang segulung Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di Universiti Malaya (UM) itu berasakan pertanian juga adalah satu perniagaan yang menguntung­kan.

“Pada mulanya, saya meneruskan perusahaan ayah saya iaitu mengusahak­an tanaman Kelapa Sawit, Getah, Kelapa Pandan dan Pisang sebagai kerja sampingan sahaja.

“Namun, melihat hasil pendapatan yang memberangs­angkan ini, ia sekali gus membuatkan saya tidak perlu bergantung lagi mencari peluang pekerjaan kerana pertanian bagi saya lebih menguntung­kan,” kata anak sulung dari tiga adik-beradik itu.

Justeru, anak kelahiran Kuala Penyu itu mengajak anak-anak muda yang lain agar tidak malu menceburi bidang pertanian dan merebut segala peluang serta bantuan yang diberikan oleh kerajaan.

 ??  ?? TAHNIAH: Arthur (kanan) bersama penerima Anugerah Peladang Jaya Wanita Sariyaman Sabur (tengah) dan Kah Chee Hong (kiri) yang menerima Anugerah Peladang Jaya merakam gambar kenangan bersama sambil menunjukka­n replika cek dan sijil yang mereka peroleh...
TAHNIAH: Arthur (kanan) bersama penerima Anugerah Peladang Jaya Wanita Sariyaman Sabur (tengah) dan Kah Chee Hong (kiri) yang menerima Anugerah Peladang Jaya merakam gambar kenangan bersama sambil menunjukka­n replika cek dan sijil yang mereka peroleh...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia