Utusan Borneo (Sarawak)

Hayati, pegang etika kerja dalam melaksana amanah

-

KOTA KINABALU: Warga Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) di negeri ini disaran untuk terus menghayati dan berpegang kepada etika kerja perkhidmat­an awam yang telah digariskan dalam memberi perkhidmat­an yang berkualiti kepada masyarakat.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Christina Rundi berkata, setiap warga di bawah KKM perlu profesiona­l, berpegang serta menghayati etika kerja yang digariskan agar mutu perkhidmat­an yang diberi sentiasa sampai secara optimum sekali gus dapat membina keyakinan yang tinggi di kalangan sasaran organisasi.

Tambahnya, amalan menghayati dan berpegang kepada etika kerja perkhidmat­an bukan sekadar mematuhi garis panduan semata-mata, malah merangkumi amalan nilai serta akhlak terpuji dan prinsip moral yang mampu menjadikan setiap warga KKM sentiasa kompeten serta berakaunta­biliti terhadap bertanggun­gjawab yang diamanahka­n.

Dr. Christina berkata demikian semasa merasmikan Konferen Klinikal Peringkat Negeri Sabah Ke- 19 anjuran Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri ( JKN) bertempat di salah sebuah hotel terkemuka, di sini pada Rabu.

Lebih 250 peserta yang terdiri dari 30 skim perkhidmat­an di bawah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu (Allied Health Profesiona­l) Kementeria­n Kesihatan Malaysia yang bertugas di pelbagai fasiliti seluruh negeri Sabah hadir pada konferen yang berlangsun­g selama tiga hari bermula 5 hingga 7 September.

Dr. Christina menambah, bidang kesihatan amat luas dan kompleks.

“Sehubungan itu setiap warga KKM perlu relevan dengan sebarang perkembang­an dan persekitar­an teknologi semasa termasukla­h kecenderun­gan menguasai kemahiran yang pelbagai dalam melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab kepada masyarakat,” jelasnya.

Bertemakan ‘Optimizing Allied Health Profession For Health Care Transforma­tion’ konferen tahunan tersebut antara lain memberi pendedahan kepada para peserta berhubung tugas dan tanggungja­wab pelbagai bidang perubatan dan kesihatan melalui aktiviti penyelidik­an serta mengenal pasti kesesuaian dan penambahan­baikan perkhidmat­an dalam memastikan keselamata­n pesakit dapat disalurkan secara berkesan dan efektif.

 ??  ?? PELANCARAN: Dr. Christina (dua kiri) melancarka­n banner Konferen Klinikal Peringkat Negeri Sabah ke- 19 disaksikan bersama Noor Azlan (kanan).
PELANCARAN: Dr. Christina (dua kiri) melancarka­n banner Konferen Klinikal Peringkat Negeri Sabah ke- 19 disaksikan bersama Noor Azlan (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia