Utusan Borneo (Sarawak)

AADK tahan 102 penagih dalam Operasi Perdana

-

KOTA KINABALU: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menahan 102 individu dalam Operasi Perdana Siri 1/2017 yang dijalankan di beberapa kawasan sekitar ibu negeri.

Pengarah AADK Sabah Bakri Bibi berkata kesemua Orang Yang Disyaki (OYDS) yang ditahan dalam operasi selama tiga hari bermula Selasa hingga Khamis adalah warga tempatan berumur 12 sehingga 40 tahun.

Sepanjang operasi, pihaknya menahan 130 individu dan selepas melalui saringan awal 28 daripada tangkapan adalah negatif dan dibenarkan pulang.

Katanya, OYDS yang di bawah umur sudah dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan pemulihan selanjutny­a.

“Kita memfokuska­n kawasan berisiko tinggi, terutama seperti kawasan pelaksanaa­n Perangi Dadah Habis-Habisan (PDH) seperti kawasan Likas iaitu di Kampung Likas, Cenderamat­a serta Taman Keramat dan beberapa kawasan di Manggatal dan Sembulan.

“Operasi ini juga bagi mengesan OYDS di kawasan PDH bagi memaksimum­kan penggunaan serta penghuni di lokap AADK baharu yang terletak di Papar,” katanya.

Beliau berkata sepanjang operasi dijalankan anggota AADK berhadapan pelbagai kelakuan agresif OYDS, termasuk kekangan ahli keluarga yang tidak faham dengan tindakan penyelamat­an AADK terhadap mereka yang terbabit.

Menurutnya, kesemua OYDS yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 3 (1) (a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998 kerana dipercayai penagih dadah.

“Kita akan menghantar semua OYDS di mahkamah untuk tindakan jamin mahkamah mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998,” katanya.

Tambahnya operasi bersepadu disertai 30 anggota AADK dan 30 anggota agensi lain termasuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Imigresen, Rela, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan JKM.

Sementara itu, seorang OYDS yang hanya dikenali sebagai Imah, 31, berkata beliau mengambil syabu bermula dua bulan lalu untuk mengatasi tekanan hidup berikutan masalah keluarga yang dihadapiny­a.

Menurutnya, dia mendapat bekalan syabu dengan mudah iaitu dari rakannya yang berada di Sembulan.

Katanya, ketika anggota AADK menahannya, dia sedang tidur di rumah dan terkejut dengan serbuan berkenaan.

“Ketika itu juga saya sangat menyesal kerana terbabit penyalahgu­naan dadah dan tidak dapat menjaga enam anak saya lebih-lebih lagi anak bongsu saya berumur enam bulan,” katanya.

Imah yang juga suri rumah mengharapk­an kehidupan lebih baik selepas melalui proses pemulihan dan berazam berhenti daripada kegiatan menghisap dadah selepas ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia