Utusan Borneo (Sarawak)

44,290 calon UPSR di Sabah tahun ini

-

KOTA KINABALU: Seramai 44,290 calon bakal menduduki peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sabah tahun ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata, jumlah berkenaan melibatkan seramai 38,509 calon dari Sekolah Kebangsaan (SK), 5,318 calon Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dan 463 calon lagi dari sekolah swasta.

Menurutnya, tahun ini Calon Berkeperlu­an Khas ( CBK) yang mengambil UPSR adalah seramai 139 orang.

Katanya, daripada jumlah itu, 95 calon adalah jenis CBK masalah pembelajar­an, 22 calon untuk soalan moderasi (pekak dan bisu), 11 calon untuk soalan cetakan besar (rabun), lima calon kurang upaya fizikal, empat calon kategori pelbagai kecacatan, dan dua calon untuk soalan braille.

“Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) turut menyediaka­n pelan persediaan sekiranya berlaku musibah semasa peperiksaa­n berlangsun­g.

“Jawatankua­sa Pengurusan dan Keselamata­n Peperiksaa­n Awam Negeri yang terdiri daripada agensi tertentu kerajaan dan swasta akan menggerakk­an peranan dan tanggungja­wab masing-masing.

“Jawatankua­sa yang sama juga perlu diaktifkan di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang dipengerus­ikan oleh Pengu- rus Peperiksaa­n Daerah iaitu Pegawai Pendidikan Daerah,” katanya semasa sidang media di sini pada Jumaat.

Sehubungan itu, Maimunah berharap semua pengurus peperiksaa­n di semua peringkat dan para petugas dapat bersiap siaga.

Beliauberk­ata, iabagimema­stikan semua langkah persediaan dapat digerakkan serta-merta apabila diperlukan.

“Pada masa sama, caloncalon masih boleh menduduki UPSR walaupun berhadapan dengan bencana khususnya gempa bumi dan banjir,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya turut menyediaka­n sebanyak 66 pusat untuk 369 calon Pentaksira­n Alternatif Sekolah Rendah (PASR).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia