Utusan Borneo (Sarawak)

Pairin bayangkan wujud kilang memproses halia di Tambunan

-

TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan membayangk­an ingin melihat sebuah kilang besar memproses halia diwujudkan di daerah ini.

“Namun ia memerlukan perbincang­an bersama dalam mewujudkan satu konsep yang menggerakk­an hati kita untuk meningkatk­an volume keluaran halia tiga kali ganda daripada yang ada sekarang,” katanya.

Berucap merasmikan Pesta Halia dan Bambu peringkat daerah di Pisompurua­n Square di sini pada Khamis, Pairin telah melawat sebuah kilang halia yang terbesar di Australia dan menjadi tumpuan pelabur- pelabur dan pelancong dari luar.

Katanya, bukan senang mereka bermula kerana halia yang mereka proses itu tidak mencukupi dan terpaksa diimport dari Hawaii dan lain-lain negara.

Pairin berpendapa­t usaha mengembang­kan penanaman halia di daerah ini akan diteruskan dengan hasil yang diperolehi dapat ditingkatk­an lagi setiap tahun bagi merealisas­ikan pewujudan sebuah kilang yang menjadi impian setiap petani halia di daerah ini.

Menurut beliau, Pesta Halia dan Bambu ini akan menjadikan daerah ini untuk terus memberi ‘showcase’ kepada masyarakat di lain tempat bagaimana petani-petani di daerah ini telah mencapai satu kemajuan.

Katanya, untuk pengeluara­n hasil halia di daerah ini memerlukan 60 tan setahun sebagai memenuhi permintaan dari luar yang begitu banyak sekali.

“Dan ini telah memberi gambaran betapa kita mempunyai satu produk yang yang kita boleh perolehi dan boleh mengusahak­annya produk ini (we are willing to have and able to plant this product).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia