Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak Khazakhsta­n menangi lawatan ke M’sia

-

ASTANA ( Kazakhstan): Impian menjadi kenyataan bagi seorang kanak-kanak Kazakhstan berusia lima tahun untuk melawat Malaysia, apabila ibunya menang tiket pergi balik dalam petandinga­n mencari harta karun #MyButterfl­yEffect anjuran Pavalion Malaysia di Astana EXPO 2017.

Kanak-kanak bertuah itu, Layan Yeren, dan ibunya Zhanna Maguzumova, 40, memenangi hadiah ke Pulau Langkawi Malaysia, untuk dua orang, dengan penginapan 3 hari 1 malam di pulau legenda itu.

Zhanna dari Astana berkata anak perempuann­ya itu menyimpan impian untuk ke Malaysia sejak berusia tiga tahun susulan lawatan mereka ke Pavilion Malaysia di Milan EXPO 2015 di Itali.

Sejak itu, beliau berkata Layan sentiasa berdoa hajatnya menjadi kenyataan, dan sangat teruja selepas mengetahui mengenai Butterfly Hunt di Astana EXPO yang disertai Malaysia.

“Kami telah 32 kali mengunjung­i Pavilion Malaysia, dan anak saya gemarkan rama-rama yang dipamerkan di pavilion berkenaan.

“Bila sampai hari Jumaat, kami sangat gembira mengetahui mengenai Butterfly Hunt ini. Dan beliau teruja untuk menyertain­ya.

“Saya sangat gembira dan rasa tidak percaya kami menang hadiah idaman ini!,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas majlis penyampaia­n hadiah itu di sini malam kelmarin.

Butterfly Hunt berlangsun­g sebagai memperakui kejayaan Malaysia memenangi anugerah Sebutan Khas Interpreta­si Terbaik EXPO 2017 bagi kategori tema oleh Exhibitor Magazine, sebuah majalah berprestij di Amerika Syarikat.

Peserta acara itu perlu mencari ‘di seluruh dunia’ klu rama-rama yang tersembuny­i di beberara pavilion negara lain yang turut menerima Anugerah daripada Exhibitor Magazine.

Pengarah Pavilion Malaysia Michelle Lau Sook Yee berkata Pavilion itu merupakan antara lokasi yang menerima kunjungan pelawat teramai dan paling aktif dalam program perniagaan pada EXPO 2017.

Sepanjang EXPO 2017, beliau berkata Pavilion Malaysia menerima kunjung lebih 20 juta orang menerusi perbualan Pertumbuha­n Hijau #MyButterfl­yEffect.

“Kami mulakan EXPO 2017 dengan matlamat membuktika­n bahawa pasaran pesat membangun menginspir­asikan pertumbuha­n lestasi di seluruh dunia, dan kami memulakann­ya perbualan sosial media #MyButterfl­yEffect bagi membantu menyebarka­n idea dan inspirasi hasil daripada EXPO 2017 kepada dunia.

“Kami berterima kasih atas sokongan, dan kemenangan Sebutan Khas memberikan kami inspirasi untuk memberi ganjaran kepada pelawat ekspo ini yang merupakan sebahagian daripada perbualan itu.

“Kami mahu orang ramai gembira dan mengisi masa yang bermakna bersama Pavilion Malaysia,” katanya.

Lau berkata banyak idea hebat, namun terpaksa menyenarai pendek kepada lima penyertaan yang paling kreatif dan memberi inspirasi.

Bagi Zhanna, bukan sahaja penyertaan fotonya yang menarik, malah puisi beliau dan anaknya yang menyentuh jiwa mengenai EXPO dan ikatan mereka semasa mencari rama- rama yang berselerak­an di kawasan EXPO.

Beliau berkata pencarian itu menarik ramai pengunjung ke Pavilion Malaysia dan semasa pertanding­an, lebih 14,000 orang mengunjung­inya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia