Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2018 tumpu kos sara hidup dan perumahan

Tambah baik taraf hidup dan kesejahter­aan rakyat

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi lebih perhatian kepada isu kos sara hidup dan perumahan dalam Bajet 2018 dalam usaha untuk menambah baik taraf hidup dan kesejahter­aan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, katanya, kerajaan juga akan mengambil kira angka makro yang menggalakk­an di samping memberi tumpuan kepada ekonomi rakyat.

“Kita juga bincang tentang kedudukan ekonomi negara kita dengan mengambil kira beberapa angka makro yang lebih menggalakk­an ter- masuk kadar pertumbuha­n suku kedua tahun ini yang mencecah 5.8 peratus.

“Rizab antarabang­sa kita mencecah jumlah yang terbesar dalam sejarah kita... dan juga sehari dua ini kita lihat pengukuhan ringgit yang semakin jelas, “katanya pada sidang akhbar selepas mempengeru­sikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato’ Onn, di sini, kelmarin.

Ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh 10 bulan kelmarin ( Khamis) pada 4.2080/2110 berbanding dolar AS manakala data ekonomi domestik mencatatka­n angka yang kondusif dan menggalakk­an.

Rizab antarabang­sa Malaysia juga meningkat kepada AS$100.5 bilion (RM431.7 bilion) pada 30 Ogos, 2017, berbanding AS$100.4 bilion (RM431.0 bilion) pada 15 Ogos 2017.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pengukuhan ringgit serta pertumbuha­n ekonomi menunjukka­n dasar negara berada di landasan yang betul yang memberi impak dan momentum lebih positif kepada ekonomi negara. — Bernama

 ??  ?? NAJIB
NAJIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia