Utusan Borneo (Sarawak)

Maybank IB jangka Bursa M’sia cecah paras 1,800 menjelang akhir tahun

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka mencecah paras 1,800 menjelang akhir tahun, dilonjakka­n oleh potensi pemulihan dalam pertumbuha­n pendapatan korporat selepas tiada pertumbuha­n selama tiga tahun, kata Ketua Ekuiti Runcit Maybank Investment Bank (IB) Bhd Lim Chee Kiong.

Lim berkata pendapatan teras FBM KLCI dunjurkan tumbuh 7.3 peratus pada 2017 dan 7.9 peratus pada 2018.

“Selain itu, bursa tempatan akan disokong oleh rali peningkata­n harga menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU), yang dijangka Mei tahun depan serta Bajet 2018 yang akan dibentangk­an pada 27 Okt,” katanya kepada pemberita selepas bengkel unjuran pasaran Maybank IB bagi tempoh separuh pertama tahun ini di sini semalam.

Berdasarka­n sejarah, rali akan berlaku menjelang pra-PRU, sehingglah kepada tarikh PRU diumumkan, dan selepas itu akan berlaku sedikit penurunan sebelum kembali tinggi, kata Lim yang menambah ini merupakan kelaziman pada PRU sebelum ini.

Beliau yang ditanya mengenai penyertaan pelabur asing berkata, aliran dana membabitka­n belian bersih berlaku dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, diikuti jualan bersih selama sebulan.

Kemasukan semula dana asing secara besar-besaran, dengan jumlah dana asing setakat ini bernilai RM10.8 bilion berbanding pengaliran keluar sebanyak RM3.1 bilion.

“Kita boleh jangkakan keseimbang­an pelabur selepas itu, namun ia hanya memberi impak minimum ke atas prestasi bursa,” katanya.

Mengenai pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar, Maybank IB mengunjurk­an pertumbuha­n setahun penuh pada 5.5 peratus, disokong oleh penggunaan swsata, pelaburan berpacukan infrastruk­tur serta pertumbuha­n dagangan yang lebih kukuh.

Unjuran utama lain bagi pasaran ialah sentimen pengguna serta pengasinga­n, dan penggabung­an serta pengambila­lihan.

Mengenai makroekono­mi, tekanan ke atas ekonomi Malaysia semakin tinggi pada awal tahun, yang mencermink­an pemulihan ekonomi, kestabilan mata wang rizab luar selain lebihan akaun semasa yang mampan dan penyepadua­n fiskal.

Mengulas mengenai hubungan tegang antara Amerika Syarikat dan Korea Utara, beliau berkata pasaran menjangkak­an kedua- dua negara akan kembali ke meja rundingan.

“Secara umumnya pasaran tidak konsisten. Yang konsisten ialah aset selamat seperti emas...tindakan oleh Korea Utara, retorik oleh Presiden AS, oleh itu potensi perang tidak tinggi, itulah yang kita lihat pasaran kini kembali tenang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia