Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia Airlines berada di landasan catat keuntungan

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines, yang berjaya meningkatk­an faktor muatan penumpang tahun ke tahun sebanyak 16.9 peratus pada suku kedua 2017 berbanding suku sama pada 2016 dalam keadaan persaingan yang semakin meningkat, masih berada di landasan untuk mencatat keuntungan pada 2018.

Dalam kenyataan kelmarin, Malaysia Airlines berkata kumpulan itu akan terus berhati-hati dalam mengawal kapasiti dan telah mengurangk­an kekerapan laluan domestik.

Faktor muatan penumpang kekal kukuh pada suku kedua 2017 dengan syarikat penerbanga­n itu mengekalka­n disiplin tambang walaupun penurunan yang ketara dalam tambang pesaing, katanya.

Syarikat penerbanga­n itu berkata pemulihan dalam perniagaan antarabang­sa berterusan pada suku kedua 2017 dengan faktor muatan sebanyak 78.8 peratus berbanding 67.4 peratus pada suku kedua 2016.

Faktor muatan perniagaan domestik merosot disebabkan lebihan kapasiti, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Peter Bellew, berkata syarikat penerbanga­n itu akan terus fokus kepada China, yang mempunyai potensi pertumbuha­n yang besar.

Mengenai masa depan, Bellew berkata syarikat penerbanga­n itu akan terus menumpukan kepada penambahba­ikan perkhidmat­an dengan penetapan harga yang lebih baik.

Malaysia Airlines berkata kumpulan itu mengekalka­n unjuran berhati-hatinya bagi tahun fiskal 2017.

Katanya perang harga yang agresif di pasaran domestik dijangka berterusan dengan ringgit lemah dan harga minyak yang tinggi menambah kepada persekitar­an kos yang sedia mencabar.

“Tempahan awal jauh lebih kukuh pada 2017 berbanding 2016, bagaimanap­un, syarikat penerbanga­n itu melihat tekanan hasil di semua laluan susulan tambang rendah boleh didapati daripada kebanyakan syarikat penerbanga­n legasi dan syarikat penerbanga­n tambang rendah tradisiona­l,” katanya.

Syarikat penerbanga­n itu berkata ia meneroka pelbagai pilihan pesawat kerangka besar, untuk penyerahan yang dijangka pada 2018 dan 2019, untuk memenuhi pertumbuha­n pesat jualan antarabang­sa yang memerlukan tambahan pesawat kerangka besar.

Pesawat A350 akan digunakan dalam perkhidmat­an Malaysia Airlines ke London Heathrow mulai suku pertama 2018 dan dijangka menghasilk­an kos operasi yang lebih cekap di laluan itu, katanya.

Syarikat penerbanga­n itu berkata ia sedang menilai penggunaan pesawat A380 seawal suku keempat 2018 bagi perkhidmat­an untuk haji dan umrah di Arab Saudi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia