Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia jangka segmen Big Loyalty sumbang 5% perolehan menjelang 2018

-

SEPANG: AirAsia Bhd menjangka segmen Big Loyalty akan mula menyumbang sekurang-kurangnya lima peratus kepada perolehan menjelang tahun depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes.

Beliau berkata sasaran tersebut dapat dicapai dengan pelancaran Freedom Flyer Programme syarikat penerbanga­n tambang rendah itu, yang membolehka­n penumpang meraih AirAsia Big Point melalui perbelanja­an mereka ke atas tambang.

“Buat masa ini, program Kesetiaan Big AirAsia masih rugi tetapi kami menjangka mulai 2018, ia akan menjadi amat menguntung­kan, ditambah dengan kad jenama bersama yang kami sedang rundingkan,” katanya kepada media selepas pelancaran AirAsia Big Freedom Flyer Programme di sini kelmarin.

Freedom Flyer Programme berdasarka­n kepada sistem status keahlian yang unik, ditentukan dari segi kekerapan penumpang melakukan perjalanan untuk meraih AirAsia Big Points yang boleh digunakan untuk menebus semua penerbanga­n AirAsia dengan minimum 500 Big Points.

Beliau berkata program tersebut turut dijangka meningkatk­an faktor muatan syarikat penerbanga­n itu sebanyak lima peratus daripada antara 87 peratus dan 90 peratus pada masa ini.

“Dengan faktor muatan semasa setinggi 90 peratus, kami boleh menambah lima peratus lagi dengan promosi dan aktiviti lain seperti ini,” katanya.

Beliau berkata AirAsia pada masa ini bekerjasam­a dengan Bank CIMB Niaga di Indonesia, Bangkok Bank di Thailand dan Citibank di Malaysia bagi program kad jenama bersama, dan kini merancang untuk mewujudkan kad jenama bersama baharu dengan MasterCard.

“Kami juga akan melancarka­n dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang, versi ‘AliPay’ kami sendiri dikenali sebagai Big Pay dan tidak lama lagi, penumpang AirAsia akan membuat pembayaran menggunaka­n telefon mudah alih berbanding tunai di pesawat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia