Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia akan terus mainkan peranan aktif dalam integrasi ASEAN, kata MITI

-

KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam memacu integrasi ekonomi serantau di bawah fasa dua Pelan Induk Komuniti ASEAN, terutama menerajui usaha menyelesai­kan pelbagai isu tertangguh seperti halangan bukan tarif (NTB), langkah-langkah bukan tarif ( NTM) serta standard dan kepatuhan.

Sejajar dengan itu, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed telah menggesa negara anggota ASEAN mengurangk­an NTB dalam kalangan mereka, sebagai pendahulu kepada usaha yang lebih besar dan lebih terselaras dalam menyelesai­kannya di peringkat serantau.

Menurut kajian yang dijalankan Institut Penyelidik­an Ekonomi Untuk ASEAN dan Asia Timur, jumlah NTM telah meningkat kepada 5,975 pada 2015 daripada 1,634 pada 2000.

Mustapa berkata, ketika negara terus membangun, lebih banyak langkah lebih ketat yang bertujuan untuk memastikan pematuhan produk terhadap standard kesihatan, sanitari dan fitosanita­ri, dijangka meningkat.

“Adalah penting yang langkah-langkah baharu ini dibuat secara telus dan tidak dilaksana dengan hasrat untuk melindungi industri tempatan yang tidak cekap,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Mustapa berkata, Penyelesai­an Untuk Pelaburan, Perkhidmat­an dan Perdaganga­n ASEAN (ASSIST), iaitu platform dalam talian untuk sektor swasta mengemukak­an aduan mengenai isu rentas sempadan, tidak diguna sepenuhnya oleh komuniti perniagaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia