Tokoh pembangkang Tanzania mulai pulih
NAIROBI: Ahli politik Tanzania Tundu Lissu, pengkritik lantang kerajaan yang cedera ditembak minggu ini dalam serangan yang menggegarkan negara, kini beransur pulih di hospital Kenya, menurut partinya kelmarin.
“Tundu Lissu dipindahkan ke Nairobi semalam atas ke b e n a r a n ke l u a r g a dan partinya,” Abdallah Safari, timbalan presiden parti pembangkang utama CHADEMA, menyatakan dalam sidang media.
“Sekarang beliau berada di hospital Aga Khan dan kesihatannya bertambah baik.”
Se t i a u s a h a ag u n g CHADEMAVincentMashinji menambah: “Mereka yang ingin membunuhnya telah gagal.”
Lissu, 49, diserang di rumahnya di ibu negara Dodoma Khamis lepas, selepas selesai sesi di Parlimen.
Mangsa ditembak di perut dan kaki, menurut laporan media tempatan, di mana jurucakap parti Tumaini Makene menyatakan keadaannya kritikal.
Menurut para ketua parti, Lissu sebelum ini mengadu diekori sebuah kereta dan kerap menyatakan beliau bimbang dibunuh.
Lissu mempunyai siri masalah dengan kerajaan Presiden John Magufuli dan ditangkap sekurangkurangnya enam kali tahun ini, dituduh menghina presiden dan mengganggu ketenteraman awam, antara beberapa dakwaan lain.
Beliau berkhidmat sebagai ketua pembangkang peringkat Parlimen dan merupakan presiden pertubuhan peguam di Tanzania, Tanganyika Law Society, termasuk sebagai peguam bela CHADEMA.
Penahanan terbaharu beliau adalah pada Ogos selepas mendedahkan sebuah pesawat yang dibeli bagi syarikat penerbangan nasional telah dirampas di Kanada kerana hutang kerajaan yang belum dijelaskan.
Pihak polis menyatakan Khamis lepas mereka telah membuka siasatan mengenai pendedahan itu. — AFP