Gereja kesal air suci diganti dengan arak
BESANON: Para pelancong yang melawat gereja di pekan indah Perancis hateau-Chalon terkejut mendapati budak pengacau tempatan telah menggantikan air suci di bekas air baptis dengan arak, pejabat pelancongan tempatan menyatakan kelmarin.
Seramai 12 pelancong telah menghidu aroma ‘eau-devie’, brandi buah- buahan yang jernih, ketika melawat sebuah gereja di Jura, timur Perancis, pada hujung Ogos.
“Saya telah membuat tanda salib dan ia mempunyai bau seperti ‘eau-de-vie’.
“Adakah ini satu tradisi tempatan?” pelancong bertanyakan pihak berkuasa di pusat pelawat berhampiran.
Pertanyaan itu mendesak pihak berkuasa untuk melancarkan siasatan segera.
“Seliter brandi telah dituang ke dalam kedua-dua bekas air baptis, anda dapat menghidu bau arak apabila berjalan masuk ke dalam gereja,” kata pegawai pelancong tempatan Pauline Fisseau.
Gereja itu jarang digunakan untuk sembahyang Misa dan bekas air itu selalu kosong.
Dua bekas air itu segera dibersihkan sebelum diisi semula dengan air suci menjelang festival pada hari berikutnya.
Identiti budak nakal dan niat mereka belum diketahui.
Datuk bandar kampung Christian Vuillaume menyatakan ia hanya gurauan.
“Ia membuatkan saya ketawa, saya percaya pelakunya kuat bergurau dan ingin memecahkan tradisi.
“Namun tidak semua orang terhibur,” katanya. — AFP