Arab Saudi batal dialog dengan Qatar
RIYADH: Arab Saudi semalam membatalkan dialognya dengan Qatar, menuduhnya sebagai memutarbelitkan fakta sejurus selepas satu panggilan telefon di antara pemerintah bagi kedua-dua negara telah menawarkan harapan bagi satu jalan putus bagi krisis Teluk selama tiga bulan.
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, telah bercakap dengan Putera MahkotaArabMohammedbin Salman dengan menyuarakan minat bagi rundingan, media negara dari kedua-dua belah berkata, dalam pertemuan awam pertama di antara pemimpin selepas presiden AS menawarkan untuk menjadi perantaraan dalam krisis tersebut.
Arab Saudi telah mengetuai Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Bahrain dalam memutuskan hubungan dengan Qatar pada Jun lepas, menuduhnya sebagai membiayai kumpulan ekstremis Islam dan telah menjadi terlalu rapat dengan musuh wilayah Iran. Doha menafikan tuduhan tersebut.
Putera Mahkota “telah menyambut baik keinginan ini,” pihak Saudi Press Agency ( SPA) melaporkan pada mulanya, sambil menambah maklumat akan diumumkan selepas Arab Saudi mencapai satu perjanjian dengan UAE dan Bahrain serta Mesir.
Namun prospek bagi satu perbalahan segera hancur selepas SPA kemudian menuduh media negara Qatar sebagai tersilap menyatakan bahawa Arab Saudi telah merancang tindakan tersebut.
“Hubungan itu adalah di atas permintaan Qatar dan permohonannya bagi dialog,” menurut SPA, memetik seorang pegawai kementerian luar Arab.
“Qatar adalah tidak serius dalam dialog dan meneruskan dengan polisinya sebelum ini. Kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa mana-mana dialog dengan Qatar harus dihentikan sehingga satu kenyataan yang jelas menerangkan kedudukannya telah dimaklumkan kepada umum.”
Perkembangan muncul selepas Presiden AS Donald Trump kelmarin berbual secara berasingan dengan pemimpin Arab Saudi, Qatar dan UAE.
Namun usaha diplomatik diketuai oleh Kuwait, perunding utama dalam krisis yang dibantu oleh kuasakuasa Barat, setakat ini telah gagal untuk mencapai satu jalan penyelesaian.
DiWashingtonpadaKhamis lepas, Emir dari Kuwait Sheikh Sabah al- Ahmad Al-Sabah telah menawarkan kepada Trump satu penilaian mengenai usahanya setakat ini.
Namun dalam kenyataan pada awal kelmarin, kumpulan yang diketuai oleh Arab tidak menunjukkan sebarang tandatanda bagi sokongan ketika ia mempersoalkan kenyataan emir Kuwait bahawa Qatar akan sanggup untuk menerima 13 permintaan mereka.
Permintaan adalah termasuk menutup badan penyiaran Al-Jazeera yang berpusat di Doha, menutup sebuah pangkalan tentera Turki di dalam emiriah dan mengurangkan hubungan diplomatik Qatar dengan Iran.
Riyadh dan Doha adalah sekutu utama bagi Amerika Syarikat, yang telah menghantar pelbagai isyarat bagi polisinya terhadap negara itu.
Qatar telah menjadi tuan rumah bagi pangkalan tentera udara AS yang besar, menempatkan ibu pejabat bagi Centcom, pusat arahan wilayah yang mengetuai operasi menentang kumpulan pejuang jihad Islamic State.
Sheikh Tamim telah dijangka akan menemui Kaunselor Jerman Angela Merkel untuk rundingan pada 15 September ini, dalam apa yang akan menjadi kunjungan pertama beliau ke sebuah bandar utama barat sejak krisis bermula. — AFP