Utusan Borneo (Sarawak)

Penghuni Rumah Lembu dipindah akibat banjir

Dipindah ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Dewan Dr Johnical Rayong setelah rumah dinaiki air

- Oleh Frankie Junau dan Kelvin Lambai

Pihak kami terus menghantar bantuan iaitu terdiri daripada lima anggota diketuai PBK II Tony Morni seterusnya melakukan kerja-kerja pemindahan menggunaka­n bot bomba, perahu penduduk serta dibantu kenderaan pacuan empat roda.

KUCHING: Seramai 44 orang daripada 16 pintu Rumah Lembu Dugau, Entalun, Skrang telah dipindahka­n ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa, Skim Skrang setelah rumah panjang mereka dinaiki air sekitar jam 10.31 malam kelmarin.

Menurut penduduk rumah panjang terbabit, hujan lebat bermula sekitar jam 10 malam menyebabka­n paras air hulu Skrang naik mendadak menyebabka­n rumah panjang terbabit dinaiki air.

Komandan Operasi Kanan Bomba PBK 1 Henry Jugah selaku pegawai operasi ketika dihubungi berkata Balai Bomba dan Penyelamat Betong ada menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10 malam dan terus menghantar pegawai ke lokasi kejadian

“Pihak kami terus menghantar bantuan iaitu terdiri daripada lima anggota diketuai PBK II Tony Morni seterusnya melakukan kerja-kerja pemindahan menggunaka­n bot bomba, perahu penduduk serta dibantu kenderaan pac-

PBK1 Henry Jugah Komandan Operasi Kanan Bomba

uan empat roda.

“Anggota kami berjaya memindahka­n mangsa ke pusat pemindahan terdiri daripada 18 lelaki dewasa, perempuan ( 20), kanakkanak lelaki (tiga) dan perempuan juga tiga menjadikan semuanya 44 orang.

“Pihak kami turut membantu memindahka­n seorang pesakit lumpuh, Edward Agot, 58, ke pusat pemindahan dan kini mangsa yang lumpuh sejak sebulan lalu telah dihantar ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, turut membantu memindahka­n mangsa termasuk anggota Polis Diraja Malaysia ( PDRM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain sukarelawa­n yang terdiri daripada penduduk Skim Skrang.

Dalam pada itu, Pembantu Khas Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa iaitu Kaunselor Nyambong Maweng dan Nancy Rangkung antara individu paling sibuk menguruska­n kesemua mangsa banjir tersebut.

Kaunselor Nyambong Maweng yang menghubung­i Utusan Borneo berkata kesemua mangsa banjir tersebut telah menerima bantuan berupa barangan makanan dan minuman hasil sumbangan Dr Rayong.

“Sebaik dimaklumka­n akan kejadian tersebut, saya menerima panggilan daripada YB Rayong agar segera mengagihka­n bantuan makanan dan minuman kepada semua mangsa,” katanya.

Bercakap lanjut, pihaknya menjangkak­an lebih banyak mangsa banjir akan ditempatka­n di pusat pemindahan ini memandangk­an ketika ini hujan lebat sedang turun.

“Ketika ini lebih lapan rumah panjang terputus hubungan dengan dunia luar selepas jalan raya menghubung­kan tempat tersebut dinaiki air.

“Antara rumah panjang tersebut ialah Rumah Jerukan, Rumah Empading, Rumah Jalil, Rumah Amon Jugat, Rumah Jangin (Kejemut), Rumah Karin (Tabut), Rumah Christina Nyambong (Rembai), Rumah Kumbang, Rumah Mapang dan Rumah Jelendai ( Lipat), Rumah Francis Chua (Kaung), Rumah Ensudin, Tambi dan Archin Bugang (Tisak) selain Rumah Repong dan Raweng di Tebarong,” katanya sambil menambah, bantuan makanan dan minuman akan diagihkan kepada kesemua mangsa.

Dalam pada itu, menurut Nancy kerja-kerja memasak dan menyediaka­n makan minum kepada semua mangsa banjir itu diuruskan oleh para sukarelawa­n yang terdiri daripada penduduk Skim Skrang serta dibantu kakitangan JKM.

Sehubungan itu, beliau memberitah­u bahawa kesemua mangsa banjir meluahkan rasa terima kasih kepada pihak yang membantu sepanjang proses pemindahan malam kelmarin.

“Kesemua mangsa merakamkan setinggi- tinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu mereka berpindah terutama Dr Rayong selain pihak bomba, RELA, polis, JKM dan para sukarelawa­n,” katanya.

 ??  ?? MANGSA BANJIR: Kesemua mangsa banjir dari Rumah Lembu Dugau, Entalun Skrang bergambar bersama anggota bomba, PDRM, RELA, JKM serta sukarelawa­n sebaik kerja pemindahan selesai dilakukan di Dewan Dr Johnical Rayong, Skim Skrang semalam.
MANGSA BANJIR: Kesemua mangsa banjir dari Rumah Lembu Dugau, Entalun Skrang bergambar bersama anggota bomba, PDRM, RELA, JKM serta sukarelawa­n sebaik kerja pemindahan selesai dilakukan di Dewan Dr Johnical Rayong, Skim Skrang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia